Thursday, March 5, 2009

Keluarga Kapoor dan Bachchan tidak lagi bermasam muka

Abhishek dan Karisma pernah bertunang satu ketika dulu. Selepas mereka putus tunang, kedua keluarga bagaikan bermusuhan.

SETELAH lama bermasam muka akhirnya keluarga aktres Bollywood Kareena Kapoor sudah pun berbaik semula dengan keluarga Bachchan.

Kedua keluarga ini bermasam muka apabila kakak Kareena, Karisma Kapoor memutuskan pertunangan dengan Abishek Bachchan satu ketika dulu. Sejak itu, kedua-dua keluarga ini sudah jarang berjumpa dan bertegur sapa.

Tetapi setelah beberapa tahun berlalu dan Karisma pun sudah menjadi ibu dan Amitabh juga telah mengahwini Aishwarya Rai, nampaknya masing-masing sudah lembut hati dan ingin berbaik-baik.

Tambahan pula, Kareena memang terkenal dengan sifatnya yang menghormati orang tua dan pandai mengambil hati.

Kisah hubungan dua keluarga yang sudah bertaut semula bukanlah satu gosip semata kerana Amitabh Bachchan ada menulis pasal ksiah ini di dalam blognya baru-baru ini.

Ini bermakna laporan dalam sebuah tabloid yang menulis bahawa Kareena tidak bertegur dengan Bachchan adalah dusta semata.

Sebelum ini pun, Kareena yang berusaha untuk mendamaikan kedua keluarga berpengaruh ini.

Kali terakhir Kareena dipasangkan dengan Abhishek ialah di dalam sebuah filem arahan J.P. Dutta, bertajuk 'Refugee'.

Namun, kareena tidak lagi berpasangan dengan Abhishek setelah kakaknya memutuskan pertunangan dengan Abhishek.

Begitu juga Abhishek yang enggan dipasangkan dengan Kareena selepas insiden itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: