
Dengan itu, tidak dinafikan sedikit sebanyak gosip tersebut telah memberi kesan negatif kepada Waheeda dan juga Ustaz Akhil sendiri. Dan baru-baru ini, ketika bertemu Waheeda dalam majlis pelancaran drama Nana Tanjung, Waheeda masih terus ditanya oleh wartawan tentang statusnya. Dan kelihatan air matanya menitis bila persoalan itu terus menjadi bahan pertanyaan.
“Percayalah saya tidak rampas suami sesiapapun dan saya tidak kahwin lagi. Saya sendiri, sebelum ini pernah bersemuka dengan isterinya bagi menjelaskan kedudukan sebenar. Memang kami tidak ada masalah.
“Malah, isterinya cuba untuk menjodohkan saya dengan adik Akhil. Apa pun, keluarga saya, keluarganya serta teman rapat Akhil sendiri tahu kisah sebenar.
“Kalau saya dah kahwin dengan Akhil mestilah saya bagi tahu kepada semua orang. Lagipun keluarga kenalah tahu tentang status saya kerana mereka adalah orang pertama dalam hidup saya. Percayalah kami tak pernah bersembunyi dan saya juga akui yang kami ada pergi tengok wayang bersama, keluar makan bersama tetapi semuanya kami buat di hadapan orang ramai.
“Akhil suami yang baik dan cukuplah dengan gosip dan fitnah ini semua ini. Dia ada keluarga, ada anak isteri yang perlu dijaga hati mereka. Saya pun, ada keluarga sendiri,” ujarnya dengan nada agak sedih dan sayu.
Menurut Waheeda, setakat ini dia masih boleh bersabar dengan segala gosip yang menimpa dirinya. Tetapi dia takut suatu hari nanti, dia akan hilang sabar dengan segala gosip itu. Dan dia akan membuka semua cerita hingga mengaibkan orang lain.
“Apa pun, saya akui, saya sangat menyukainya (Akhil), tetapi kami tidak bercinta. Suka sebagai kawan,” kata Waheeda yang juga kemungkinan akan berduet bersama Akhil pada persembahan Maulidur rasul di Dataran Merdeka pada 9 Mac ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: