Inikah calon terbaik pelajar Akademi Fantasia 7 daripada lebih 9,000 yang datang sesi uji bakat di lokasi terpilih sejak hampir dua bulan lalu?
Astro nyata membuat kejutan dan memulakan transformasi apabila memilih calon yang secara puratanya melepasi usia remaja.
Malah enam calon sudah berumah tangga serta beberapa nama yang pernah hadir dalam bidang seni, sama ada pernah rakam album atau menyertai pertandingan lain sebelum ini.
Kesemua mereka boleh dianggap gagal dalam percubaan lalu apabila gagal meletakkan nama mereka di mana-mana pun dalam industri muzik.
Nas Adilla (Adila) dan Ismaliza Ismail (Isma) pernah rakam album sebelum ini. Nama Nas Adilla
Kenyataan awal menyebut dia bertunang dengan kerabat Diraja Kedah, sebenarnya ia satu kenyataan yang tersilap dan Nas membetulkan kenyataan tersebut lalu memohon maaf.
Isma pula pernah merakam album pada awal tahun 199-0an di bawah bumbung syarikat Ambang Klasik. Selepas itu dia berundur untuk memberikan tumpuan kepada keluarga.
Isma berkahwin dengan komposer Zulkifli Majid atau Zul 2 By 2. Kini memiliki lima anak. Isma juga kakak kepada Tomok yang kini sedang berentap dalam program One In A Millon di 8TV.
Abraham Edwin Dungot (Ab) pula pernah menyertai One In A Million tahun lalu manakala Khairil Azam Pilus (Aril) juga pernah menyertai Gangstarz bersama kumpulannya. Dia juga pernah mencuba AF musim lalu. Adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu juga sudah banyak mendapat publisiti semasa penglibatan bersama kumpulannya. Bagaimana pun mereka tidak sempat memasarkan album.



(Dari kiri) Adila bersama tunang, Aril dan Isma.
Apa kata Astro?
Semua orang menunggu calon pelajar terbaik kerana pihak Astro menguar-uarkan kononnya mereka membuat pilihan rapi kali ini dan ingin menjadikan AF7 sebagai program terbaik setelah memiliki enam kali pengalaman menganjurkannya. Apatah lagi pelajar juga mungkin sudah biasa dengan format program itu.
Pihak Astro juga mengatakan antara kreteria pemilihan pelajar ialah mereka yang benar-benar layak menjadi seorang juara. Bermakna kesemua 20 nama yang diumumkan adalah mempunyai potensi menjadi juara baru AF7 pada kacamata penilai mereka.
Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul mengatakan pihak mereka mengutamakan mutu vokal calon pelajar yang terpilih. Secara kebetulan purata umur mereka melebihi usia 20 tahun.
"Kita tidak ada kuota umur atau negeri, kesemua calon terpilih berdasarkan merit mereka tersendiri," jelas Khairul dalam sidang media pengumuman 20 calon pelajar di Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.
Bagaimanapun siapakah Pengetua AF7 hanya akan diketahui apabila Diari AF7 bersiaran pada 9 Mac ini. Astro mahu ia terus menjadi tandatanya walaupun mereka sudah memiliki satu nama yang sah.
Dua nama yang kuat menjadi sebutan ialah Datuk Sheila Majid dan Norman KRU. Mungkin juga ada nama lain. Tunggulah siapa yang akan memikul tugas mendidik pelajar baru mencapai impian mereka menjadi seorang artis dalam pasaran album yang dikatakan tidak menentu sekarang ini.


Dari kiri Lizda (isteri Ezany), Kelana (calon tertua, 40 tahun) dan Ab yang pernah sertai OIAM.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: