Saturday, March 7, 2009

Info TV: Filem menarik Asean mengisi Astro Kirana sepanjang bulan Mac


ASTRO Kirana menyediakan 14 filem buatan Malaysia, dengan empat daripadanya adalah filem klasik untuk sajian pelanggannya sepanjang bulan ini.

Jumlah itu adalah antara puluhan filem daripada Eropah dan Asia Tenggara yang meliputi pelbagai kategori iaitu seram, komedi, drama, aksi, mendebarkan dan fiksyen.

Bermula 1 Mac lalu, Astro Kirana menerusi segmen Blokbuster Ahad pada setiap jam 9 malam. Ia menyiarkan filem-filem lakonan Erra Fazira bermula dengan filem Anak, diikuti Hingga Hujung Nyawa pada Ahad ini, Cinta Kolestrol (15 Mac), Pesona Non Grata (22 Mac) dan 7 Perhentian (29 Mac).


Menerusi slot Buatan Malaysia setiap Rabu, jam 9 malam, Astro Kirana menyiarkan filem 9 September pada 4 Mac lalu, kemudian Trauma (11 Mac), Embun (18 Mac) dan Mami Jarum (25 Mac).

Dan, untuk slot Sinema Klasik pada setiap Jumaat, jam 2 petang, disiarkan filem Sumpitan Rachun (6 Mac), Hantu Rimau (13 Mac), Harian Jadian (20 Mac) dan Keranda Berdarah (27 Mac).

Filem Hantu Rimau yang diterbitkan pada tahun 1960, mengenai tiga kejadian jenayah dalam suasana berbeza yang cuba diselesaikan oleh ASP Latiff dengan bantuan Dr Lai Peng. Filem arahan Palam Groom, B.N Rao, L Krishnan dan S Roomai Noor menampilkan pelakon seperti Mary Lim, Siput Sarawak, Yem, Safinah, Puteh Lawak, Aman Belon, Mahmud June dan Tryconnel Fay serta S Roomai Nor.

Filem Harimau Jadian pula diarahkan oleh M Amin pada tahun 1973 dengan pelakonnya terdiri daripada Malek Slamet, Rohani Yusoff, Osman Zailani, Omar Hitam, M Shahdan, Habsah Buang dan Zaharah Omar.

Filem Keranda Berdarah diarahkan oleh Noordin Ahmad dan dibintangi Tony Kassim, S Noni, Dayang Sofia, Mustapha Maarof, Shariff Dol, Salleh Melan, Shariff Medan, Omar Hitam, Z Rosli, Din Wan Chik, Sidek Awang, Ani Jasmin, Suraini Siti, Wang Choo Tian, Noh Kuda dan Norsiah.

Satu lagi filem tempatan yang ditayangkan menerusi Astro Kirana adalah Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof pada 20 Mac depan.

Selain filem tempatan, Astro Kirana juga menyiarkan filem luar seperti Pao’s Story dari Vietnam, Ocean Butterfly (Thailand), Charlie II (Jerman), Catch (Taiwan), Thirteen Princess Trees (Hong Kong), Wise Guy Never Die (Hong Kong) dan The World of Silence (Korea).

Bagi peminat filem seram pula, Astro Kirana menyajikan filem Haunted Spirit dari Thailand, Malam Jumaat Keliwon (Indonesia), Alone (Thailand) dan Pocong 2 (Indonesia). Semua filem seram disiarkan dalam slot Layar Puaka setiap Ahad, jam 11 malam.

Slot Sinema Asean khusus untuk filem dari Asia Tenggara setiap Selasa, jam 9 malam membawakan filem Pasir Berbisik dari Indonesia, Pasukob (Filipina), Cholestrol Peerak (Thailand), 5 Days Om A General’s Life (Vietnam) dan Bullet Wife (Thailand).

Astro Kirana turut menyajikan filem istimewa untuk peminat Hindustan menerusi Bollywood Bollywood yang disiarkan setiap Khamis, jam 9 malam. Filem yang disiarkan menerusi slot ini adalah Life In A...Metro (5 Mac) diikuti Champion (12 Mac), Girlfriend (19 Mac) dan Zehera A Love Story (26 Mac).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: