![]() |
| AJAY DEVGAN |
SATU laporan polis telah dibuat terhadap Ajay Devgan.
Menurut laporan, suami aktres Kajol itu didakwa telah menipu sebuah syarikat penerbitan filem di daerah Jharkhand.
Laporan yang dibuat di Balai Polis Argora oleh Rajesh Kumar Prasad, pemilik Kumar Art International (KAI) itu mendakwa Ajay telah melakukan pembohongan, kerana tidak muncul untuk menjalani penggambaran sebuah filem terbitan KAI sedangkan wang pendahuluan telahpun dibayar kepadanya.
Menurut Rajesh yang juga memiliki cawangan KAI di Mumbai, Ajay telah menandatangani kontrak berlakon filem yang belum berjudul itu pada Januari, 2005.
"Menurut kontrak, dia bakal dibayar sebanyak 1.2 juta rupee (RM90,000) dan wang pendahuluan sebanyak RM14,557 sudahpun dibayar kepadanya," ujar Rajesh.
Namun, Ajay yang sepatutnya melakonkan watak utama dalam filem tersebut bagaimanapun hanya datang ke set penggambaran selama beberapa jam, namun selepas itu, dan sehingga ke hari ini dia langsung tidak mempedulikan mengenai perkembangan filem tersebut.
Pihak KAI juga dikatakan telah menghubungi pihak pengurusan Ajay tetapi tidak dilayan dan selepas menunggu selama 14 tahun, dia akhirnya laporan polis dibuat terhadap Ajay.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: