Zahiril, 32, berkata, peranan diterimanya selepas Juvana juga gagal menandingi kekuatan pada watak Daim yang dibawanya.
"Hendak 'cuci' daripada watak Daim itu memang sukar memandangkan sudah lima tahun Juvana diterbitkan daripada drama bersiri sehinggalah tiga buah filem.
"Saya mungkin boleh lari daripada Daim sekiranya ada naskhah lain yang lebih kuat daripada Juvana sekali gus membolehkan peminat melupakan peranan tersebut.
"Bagaimanapun sehingga hari ini masih belum ada watak yang mampu menandingi kekuatan Daim itu sendiri," katanya.
Naskhah terakhir Juvana iaitu Juvana 3: Perhitungan Terakhir sedang ditayangkan di pawagam sejak 29 September lalu.
Peneraju utama Juvana 3: Perhitungan Terakhir; Adam Shahz (kiri), Johan As'ari dan Zahiril Adzim.
Selain Zahiril, filem arahan Faisal Ishak itu turut membariskan pelakon seperti Johan As'ari, Adam Shahz, Nad Zainal, Hasnul Rahmat dan Hafreez Adam.
Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia tidak kisah sekiranya masih ada peminat yang memanggilnya dengan nama Daim walaupun trilogi drama dan filem Juvana sudah berakhir.
Zahiril berkata, ia menunjukkan wataknya itu berjaya meninggalkan kesan kepada penonton dan mengakui sering disapa dengan nama berkenaan setiap kali bertemu peminat.
Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia tidak kisah sekiranya masih ada peminat yang memanggilnya dengan nama Daim walaupun trilogi drama dan filem Juvana sudah berakhir.
Zahiril berkata, ia menunjukkan wataknya itu berjaya meninggalkan kesan kepada penonton dan mengakui sering disapa dengan nama berkenaan setiap kali bertemu peminat.
"Rasanya ramai yang tidak tahu nama sebenar saya kerana setiap kali saya bertemu peminat lebih ramai memanggil saya 'Daim' berbanding 'Zahiril'.
"Tetapi tidak mengapa, ia bukan satu isu besar kerana Daim meninggalkan kesan mendalam kepada penonton sehingga ia diingati."Walaupun Juvana sudah berakhir tetapi legasi yang ditinggalkan masih kekal dan ia telah menjadi satu jenama," katanya.
Sementara itu, Zahiril memberitahu, penggambaran Juvana 3: Perhitungan Terakhir adalah paling sukar kerana ia banyak melibatkan banyak aksi yang memerlukan kekuatan fizikal.
Bagaimanapun katanya, disebalik aksi mendebarkan naskhah terakhir itu banyak mengingatkannya kepada drama bersiri yang diterbitkan pada 2011 kerana ia banyak mengangkat tentang persahabatan, pengorbanan dan kesetiaan.
"Juvana 3 memang banyak aksi dan memerlukan tenaga fizikal yang kuat tetapi ia pada masa sama saya berasa puas kerana dapat memberi yang terbaik.
"Naskhah terakhir ini juga mengumpulkan semua barisan asal drama bersiri Juvana lima tahun lalu dan banyak mesej positif diselitkan," ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: