PETALING JAYA: Pelakon Puteri Sarah memberitahu dia tidak menjangka akhirnya doa untuk hamil dimakbulkan selepas dua tahun berumah tangga dengan pengarah Syamsul Yusof.
Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 31, berkata, dia sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika mengetahui berita kehamilannya tiga bulan lalu.
"Perasaan saya sudah tentu terlalu gembira dan tidak tahu bagaimana untuk menggambarkan dengan kata-kata kerana akhirnya doa mendapatkan zuriat dimakbulkan Allah selepas selepas saya mengalami keguguran sebelum ini.

"Apa-apa pun saya hanya berharap dan berdoa agar bayi kami selamat dilahirkan," ujarnya kepada mStar Online.
Sarah mengulas tentang berita kehamilannya yang kini memasuki tiga bulan diumumkan oleh suaminya Syamsul Yusof pada malam tayangan filem Munafik di Indonesia pada malam Rabu lalu.
Sementara itu, ditanya tentang keadaan kesihatannya, Sarah berkata, buat masa sekarang dia belum mengalami sebarang alahan yang teruk sebaliknya Syamsul pula yang sering meminta makanan Jepun seperti sushi.
"Saya tidak ada alahan yang teruk setakat ini, hanya rasa loya-loya pada waktu malam sahaja, mungkin disebabkan bayi saya aktif pada malam.
"Yang saya pelik, Syamsul pula yang mengidam makan makanan Jepun. Setiap hari dia akan cari makanan sushi," ujarnya.
Sementara itu, Sarah yang mengusahakan butik pakaian muslimah di Bangsar memberitahu sudah menyerahkan urusan operasi kepada ibunya.
Katanya, perkara tersebut adalah mengikut nasihat suaminya yang mahu dia lebih banyak berehat.
"Saya serahkan tugas di butik kepada ibu dan seorang rakan yang saya percayai untuk memantau operesi butik.
"Sudah dua bulan juga tidak ke butik dan saya akan ke sana jika ada perkara penting dan memerlukan saya," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: