Thursday, October 13, 2016

Pengaruh Isteri, Anak Buat Afdlin Gilakan Artis K-pop



Afdlin Shauki mengakui menyukai muzik kpop kerana terpengaruh dengan isteri dan anaknya.
KUALA LUMPUR: Pelawak Afdlin Shauki memberitahu  pengaruh kuat anak serta isterinya membuatkan dia menggemari kumpulan K-pop iaitu Big Bang yang baru sahaja mengadakan konsert di Stadium Merdeka pada 1 Oktober lalu.
Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 45, berkata, kumpulan itu sangat menarik serta mempunyai cirri-ciri kesenian yang tinggi dan wajar menjadi contoh artis negara ini.

“Saya sebenarnya dipengaruhi oleh anak-anak dan juga isteri saya kerana mereka adalah peminat tegar K-pop dan mereka selalu menyaksikan drama Korea yang  di televisyen.

“Tambahan pula, Big Bang memiliki  kesenian yang tinggi dalam kerja mereka,” katanya kepada mStar Online.

Afdlin ditemui pada sidang media Mahaguru Spontan di Istana Budaya di sini pada Selasa.
Mahaguru Spontan akan berlangsung di Istana Budaya bermula 22 hingga 23 Oktober ini.
Dalam pada itu Afdlin berkata cara dan tingkah laku artis K-pop  perlu dijadikan contoh kepada orang ramai kerana mempunyai tahap disiplin yang tinggi.
“Kita perlu belajar dahulu cara mereka membawa diri dan mempunyai tahap displin yang tinggi.

"Jika kita lihat, sejak dari kecil lagi mereka dilatih untuk menjadi seorang penyanyi K-pop. Selain itu, mereka juga menghormati peminat-peminat mereka,” jelasnya.

Sementara itu mengenai Mahagurun Spontan, ia merupakan sebuah pementasan permainan interaktif yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 22 dan 23 Oktober ini.

Antara artis yang terlinbat dalam pementasan itu ialah pelawak Johan, Zizan, Abam, Achey, Fad, Datuk AC Mizal, Douglas Lim, Rashid Salleh dan Kuah Jenhan.

Datuk Siti Nurhaliza akan muncul sebagai penampilan istimewa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: