Reshma atau Kareshma Martin John Patrick, 18, berkata, dia mula jatuh cinta terhadap lagu-lagu berbahasa Malaysia sejak menyertai AF2016 walaupun pada awalnya mengalami masalah memahami lirik dengan baik.
"Syukur sejak menyertai AF2016 penguasaan Bahasa Malaysia saya semakin baik kerana sejak awal saya tidak mahu melihat kekurangan saya sebagai penghalang untuk berjaya sebagai penyanyi.
"Saya akan terus memperbaiki mutu penguasaan bahasa kerana saya memang minat menyanyikan lagu-lagu Melayu," katanya.
Pada peringkat akhir AF2016 yang berlangsung pada minggu lalu, Reshma berjaya mendapat tempat ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 berserta hadiah sampingan.
Reshma sentiasa memberikan persembahan bertenaga pada konsert mingguan AF2016.
Dalam pada itu, Reshma berkata, dia kagum dengan bakat dimiliki oleh komposer dan penyanyi Faizal Tahir dan menjadikannya sebagai inspirasi untuk berjaya dalam industri muzik.
Kata Reshma, dia berazam untuk mengasah semula bakatnya dalam penulisan lirik dan mencipta lagu pada masa hadapan.
"Saya tidak mahu hanya sekadar menjadi penyanyi tetapi berharap dapat jadi seperti Faizal Tahir yang boleh mencipta lagu dan lirik.
"Ketika menetap di New Zealand saya pernah menyertai pertandingan mencipta lagu dan lirik dan mendapat tempat keempat.
"Saya mahu mengasah kembali bakat itu dan berharap ia dapat membantu saya mencipta lagu saya sendiri," katanya.
Sementara itu, Reshma berkata, dia yakin peminat dapat menerima dirinya dalam pasaran muzik Melayu kerana tidak ramai penyanyi berbangsa lain yang mencuba nasib.
"Mungkin saya tidak fasih berbahasa Malaysia tetapi itu bukan alasan kerana kini saya sudah jatuh cinta dan ingin terus menyanyikan lagu-lagu Melayu.
"Saya yakin peminat akan menerima kehadiran saya dengan baik selepas ini," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: