TAHUN lalu, figura ini berkelana ke India demi mengikuti pengajian agama selama empat bulan.
Pemergian itu juga bagi memenuhi hasrat arwah ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, yang mahu dia terus mendalami ilmu agama.
Biarpun sudah lama pulang dari India, akui pemilik nama sebenar Johan Ariff As’ari, 29, dia masih lagi dalam proses mencari diri dan belajar apa itu erti kedewasaan.
"Saya sedar dahulu saya banyak kesilapan, saya tak matang, jadi selama saya mula memperlahankan karier dan menghilangkan diri, saya anggap ia sebagai proses kedewasaan.
"Kita kenal diri kita dan kita perlu perlu cari diri kita yang sebenar dan terus muhasabah diri untuk memperbaiki kekurangan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Umum mengetahui sebelum berlakon, Johan pernah belajar di Pondok Pesantren As-Syuhada Kabupaten Muara Sebunga Kecamatan Tanah Sepenggal, Jambi selama setahun untuk mendalami al-Quran dan hadis.
Habis sahaja pengajian, dia mendapat tawaran belajar di Kolej Universiti Islam Melaka.
Johan berkata, biarpun dia merupakan bekas pelajar sekolah pondok dan pernah berkelana mencari ilmu agama, namun dia tidak pernah merasakan dirinya sudah sarat dengan ilmu agama.
Tegas Johan, masih banyak perlu dipelajari, difahami dan apa yang penting, niat mencari ilmu itu tidak pernah padam.
"Sejujurnya, saya merasakan ilmu saya masih nipis, kefahaman saya masih kurang.
"Sebab itu saya masih mahu belajar. Mungkin kerana menjadi kebiasaan, jika saya kurang faham atau bermasalah, saya akan kembali kepada ALLAH SWT," jelasnya.
Biarpun masih aktif di dalam dunia seni, Johan berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai hipokrit.
"Saya faham, ada orang yang sudah mendalami agama, mereka ada pegangan dan prinsip mereka yang tersendiri.
"Bagi saya hipokrit seseorang itu bila dia bawa watak baik di dalam skrip, tetapi di luar dia tidak sama dengan itu. Orang sebegini hipokrit dengan ALLAH SWT.
"Tapi untuk saya, saya mahu seimbangkan dunia dan akhirat. Saya tak sekat minda saya dan tidak mahu menerima ilmu yang lain.
"Bila di dunia, lakonan itu juga adalah ilmu. Sebab itulah saya terima watak antagonis kerana watak itu bukan fantasi dan sengaja diwujudkan.
"Secara realiti dalam kehidupan kita, memang ada orang baik dan tidak. Tapi bukan semua orang kurang baik, akan jadi tidak baik sepanjang hidupnya," jelasnya.
Botak beri pengajaran
Tambah Johan, sejak awal pembabitannya di dalam industri seni pun, dia sudah dikenali dengan watak antagonis sebagai Botak.
Namun dalam masa yang sama, Botak juga telah menunjukkan erti kedewasaan dan perubahan, sehinggalah naskhah terakhir Juvana iaitu, Juvana 3: Perhitungan Terakhir yang sudah pun bermula tayangannya semalam.
"Bila saya bawakan watak Botak, saya sampaikan penceritaan itu kepada diri saya dahulu. Baharulah penonton.
"Kerana untuk menzahirkan watak tersebut, bukan dari saya sahaja, tetapi daripada penulis skrip, pengarah dan watak lain yang berkaitan dengan Botak.
"Semua memainkan peranan penting.
"Kalau kita lihat Botak, macam orang benci, macam mana sikapnya dahulu, tiada siapa jangka pengakhirannya, dia mampu berubah dan mendekati ALLAH SWT," katanya yang bersedia bawa watak antagonis pada masa hadapan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: