KUALA LUMPUR: Kumpulan Caliph Buskers mengakui populariti dan perhatian yang diraih selepas berjaya menempa nama dalam industri muzik membuatkan mereka berasa gelisah.
Ini kerana kata vokalisnya, Azmi atau Khairul Azmi Mohd Saad, 29, berkata, kesibukan dengan urusan persembahan, promosi dan publisiti bersama media membuatkan masa mereka terhad untuk mengadakan persembahan di jalanan (busking) seperti mana sebelum ini.
"Sejak menyertai dunia hiburan secara komersial masa seakan mencemburui untuk kami bertemu dengan peminat di jalanan yang kami sifatkan begitu dekat di hati kami.
"Sudah hampir dua bulan kami tidak melakukan busking dan ia membuatkan kami gelisah dan tidak dapat duduk senang kerana rindukan peminat dan suasana di jalanan," katanya kepada mStar Online.
Caliph Buskers ditemui pada majlis sidang media mengumumkan lima calon akhir Anugerah Indistri Muzik 22 (AIM 22) di Hotel Park Royal Kuala Lumpur, di sini, Khamis lalu.
Kumpulan itu dianggotai oleh Azmi (Vokalis Utama/pemain bes), Zaki (gitaris/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Wan (gitaris), Rubiana (shaker/vokalis) dan Shazmeen (shaker/juruteknik).
Menerusi AIM 22, Caliph Buskers menerima dua pencalonan untuk lagu Hanya Nama Mu menerusi kategori Lagu Nasyid Terbaik dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu."Sejak menyertai dunia hiburan secara komersial masa seakan mencemburui untuk kami bertemu dengan peminat di jalanan yang kami sifatkan begitu dekat di hati kami.
"Sudah hampir dua bulan kami tidak melakukan busking dan ia membuatkan kami gelisah dan tidak dapat duduk senang kerana rindukan peminat dan suasana di jalanan," katanya kepada mStar Online.
Caliph Buskers ditemui pada majlis sidang media mengumumkan lima calon akhir Anugerah Indistri Muzik 22 (AIM 22) di Hotel Park Royal Kuala Lumpur, di sini, Khamis lalu.
Kumpulan itu dianggotai oleh Azmi (Vokalis Utama/pemain bes), Zaki (gitaris/vokalis), Fendy (cajon/vokalis), Wan (gitaris), Rubiana (shaker/vokalis) dan Shazmeen (shaker/juruteknik).
Dalam pada itu, Azmi berkata, dia berharap peminat yang sentiasa menantikan persembahan busking mereka agar terus menanti kemunculan mereka di hadapan kompleks beli-belah Sogo.
Katanya, mereka akan kembali mengadakan persembahan di lokasi itu selepas urusan promosi selain akan mengumumkan kemunculan semula mereka di Sogo.
“Insya-Allah selepas selesai semua urusan membabitkan seni komersil, kami akan memberi perhatian kepada hiburan jalanan kerana di situlah jiwa kami sebenarnya,” kata Azmi.
Sementara itu, bercakap mengenai perkembangan terbaharu mereka, Azmi berkata, Caliph Buskers bakal muncul dengan muzik video terbaharu menerusi single terbaharu berjudul Kaulah Dia ciptaan Edry Abdul Halim.
Selain itu mereka juga sedang dalam perancangan untuk tampil dengan lagu ciptaan mereka sendiri yang berkonsepkan pop komedi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: