PETALING JAYA: Penyanyi Hazama terpaksa menunda tarikah pernikahan dengan teman wanitanya, pemuzik Genervie Kam, 36 kerana ingin memberi fokus kepada penerbitan album terbaharunya.
Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 32, berkata, walaupun sebelum ini dia pernah merancang untuk berkahwin dengan wanita berkenaan selepas sambutan Aidilfitri lalu namun ia hanya perancangan.
"Saya sebenarnya memang ingin segera menamatkan zaman bujang dan kalau boleh esok juga saya hendak pergi kursus perkahwinan namun komitmen persiapan album yang padat ketika ini jadi kami 'cool' dahulu.
"Kami pun tidak terburu-buru untuk berkahwin memandangkan perbezaan agama justeru biarlah semuanya berada dalam keadaan bersedia agar tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya.
Dalam pada itu, Hazama berkata, sekiranya mereka berkahwin nanti dia juga tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis perkahwinan secara besar-besaran sebaliknya ingin melaksanakan yang wajib sahaja.
"Ini adalah kemahuah saya dan keluarga kedua-dua belah pihak pun bersetuju kerana bagi saya cukuplah dengan majlis pernikahan yang wajib sahaja."Saya sebenarnya memang ingin segera menamatkan zaman bujang dan kalau boleh esok juga saya hendak pergi kursus perkahwinan namun komitmen persiapan album yang padat ketika ini jadi kami 'cool' dahulu.
"Kami pun tidak terburu-buru untuk berkahwin memandangkan perbezaan agama justeru biarlah semuanya berada dalam keadaan bersedia agar tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya.
Dalam pada itu, Hazama berkata, sekiranya mereka berkahwin nanti dia juga tidak merancang untuk mengadakan sebarang majlis perkahwinan secara besar-besaran sebaliknya ingin melaksanakan yang wajib sahaja.
"Itu adalah kebahagian paling bermakna bagi saya walaupun tanpa kenduri, bersanding dan sebagainya," ujarnya.
Dalam perkembagan lain, Hazama berkata, album terbaharunya itu nanti akan menampilkan sembilan buah lagu terbaik yang pernah dilancarkannya sebagai single sebelum ini.
Jelasnya, album yang akan dilancarkan pada penghujung tahun ini memuatkan lagu seperti Sampai Mati, Malaikat, Amaran Mama, Aku Yang Sebenarnya, Aku Bukan Dewa dan Sang Perindu.
Sementara itu, Hazama turut menerima tiga pencalonan dalam Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM22) yang bakal berlangsung pada 18 Disember depan.
Penyanyi itu tercalon menerusi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki (Sampai Mati), Video Muzik Terbaik (Sampai Mati) dan Lagu Pop Terbaik (Sedetik Lara).
AIM22 bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: