MASALAH pelupusan sampah sarap menjadi satu perkara tidak kesudahan di negara ini.
Berdasarkan kajian secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan 0.8 kilogram sampah setiap hari.
Namun, jumlah itu akan bertambah lebih besar jika mengambil kira individu yang tinggal di kawasan bandar.
Dianggarkan penghuni kawasan bandar menghasilkan 1.5 kilogram sampah seperti yang dinyatakan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Malah pada 2001 sahaja, sebanyak 16,247 tan sampah dihasilkan di Malaysia setiap hari.
Manakala, Selangor menjadi negeri penyumbang terbesar sampah sarap berbanding negeri lain.
Melihat kepada permasalahan itu, Rich & Rich Consultancy Services Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat tempatan mencipta mesin memproses sisa makanan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norazlina Najmudin berkata, pembangunan mesin tersebut bermula 2015 untuk pelanggannya.
“Di Malaysia, terdapat dua cara untuk melupuskan sampah sama ada ia dihantar ke tapak pelupusan atau pusat pembakaran (incinerator).
“Dua sistem ini amat popular di Malaysia, berbeza dengan mesin ciptaan syarikat kami, kapasiti yang ditawarkan lebih kecil,” katanya.
Norazlina berkata, mesin tersebut lebih memfokuskan sisa makanan yang agak sukar diurai dalam tempoh singkat.
Dengan adanya mesin tersebut, industri makanan seperti kafe atau restoran dapat manfaatkan sisa makanan menjadi baja.
“Permintaan sangat tinggi terutamanya pasaran luar negara, terutama Dubai.
“Mereka sangat menyukai mesin ini kerana industri makanan kian berkembang pesat namun sisa makanan terbuang begitu sahaja.
“Dengan adanya mesin ini, ia dapat membantu memproses semula sisa makanan menjadi baja organik,” katanya.
Buat masa ini, kapasiti mesin tersebut tidak dapat menampung saiz sisa makanan yang besar.
Katanya, saiz mesin 10 kilogram mampu memproses 50 hingga 200 kilogram sisa makanan.
“Saiz sekarang hanya mampu menampung 10 kilogram sisa dengan 5 kilogram berat mesin.
“Pihak kami kini dalam proses untuk menambah baik saiz mesin agar dapat memproses sisa dalam kapasiti lebih besar untuk pasaran luar terutamanya Timur Tengah,” katanya.
Mesin tersebut mendapat permintaan tinggi di luar negara disebabkan perkembangan industri makanan dan penghasilan sisa makanan tln
Norazlina berkata, syarikatnya bertanggungjawab untuk proses pembuatan dan reka bentuk, manakala dari segi pengedaran pula syarikat berbeza.
Bersifat mesra alam
Menurutnya, pengurusan sisa makanan lebih efektif apabila ia tidak menyebabkan pencemaran alam sekitar.
“Mesin ini mampu mencegah pencemaran bau dan udara dengan persekitaran lebih bersih.
“Malah risiko penyakit atau wabak dapat dicegah dengan mengurangkan populasi tikus di kawasan restoran atau kafe.
“Makhluk ini amat menyukai kawasan kotor dan berbau terutamanya lokasi yang mempunyai sisa makanan terbuang,” katanya.
Norazlina berkata, sisa makanan kebiasaan dibuang di kawasan pembuangan sampah sarap menyebabkan bau sangat busuk dan pencemaran udara di kawasan sekitarnya.
Dengan adanya mesin tersebut, dia berkata, sisa makanan boleh dijadikan produk tumbesaran tumbuhan kerana fungsinya sama seperti baja.
“Ia boleh dijadikan baja alternatif dan masa sama menyelamatkan bumi kita daripada terus tercemar dengan sisa sampah.
“Malah baja ini harganya lebih murah berbanding baja sedia ada di pasaran,” katanya.
Mesin itu mampu membakar sisa makanan 50 hingga 70 darjah celcius.
Ia mengambil masa 24 jam bagi kapasiti 10 kilogram.
“Proses pembakaran bermula dengan penggaulan sisa makanan, pengaliran udara dan pemanasan.
“Mesin ini juga memendekkan masa proses penguraian selama sehari berbanding biasa.
“Sekiranya proses penguraian berlaku secara semula jadi, ia mengambil masa tiga hingga empat minggu,” katanya.
Realisasi idea baharu
Norazlina berkata, pihaknya melakukan penyelidikan dan kajian terhadap mesin satu unit mesin tersebut sahaja.
“Kami lebih kepada pembangunan produk mesin dan menghasilkan produk contoh kepada pelanggan.
“Satu nilai pembangunan bernilai RM20,000 termasuk kos penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya.
Selain mesin tersebut, syarikat itu juga membantu usahawan inovasi lain dalam menyumbang pelbagai idea baharu.
Tidak hanya membangunkan produk inovasi, syarikat itu turut merancang untuk membina kilang pembuatan bagi proses lukisan sehingga produk akhir.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: