JIKA dilihat dari luar, Kedai Warisan Angsari yang berada di Medan Selera Bunga Tanjung, Ampang, Selangor, kelihatan biasa sahaja, namun sebaik melangkah ke dalam, ia umpama ‘mini muzium’ sekali gus membawa kita mengimbau kembali kisah bangsawan dan pahlawan Melayu dahulu kala.
Keris yang merupakan senjata unik warisan masyarakat Nusantara satu ketika dahulu dan menjadi alat mempertahankan diri, selain alat kebesaran, simbol kuasa dan kedaulatan bangsa dilihat cantik menghiasi dinding kedai tersebut.
Pelbagai jenis kain busana Melayu pula tersusun rapi di dalam almari, manakala barangan antik seperti jam, radio lama dan beg turut memenuhi ruang kedai itu.
Pemilik Warisan Angsari, Megat Telanai atau lebih dikenali sebagai Angah berkata, minatnya mengumpul keris dan kemudian menjadikannya satu perniagaan bermula sejak 2007.
“Saya minat kumpul keris tapi harganya mahal. Saya juga terlibat dengan 'production house' untuk pembikinan sebuah filem dan pada masa sama, filem tersebut memerlukan prop senjata seperti keris.
"Saya cari 100 keris di Indonesia untuk digunakan dalam filem itu. Sejak itu, saya mula belajar daripada pengumpul keris yang lebih berpengalaman dan mendapati setiap bilah keris mempunyai seni dan antiknya," katanya.
Kata Angah, harga keris biasanya subjektif dan keris yang pernah dimiliki harganya mencecah RM15,000.
"Hanya individu yang mengetahui dan menghargai seni hasil ciptaan keris itu tahu menilainya. Anggaran harga keris yang saya jual RM1,000 ke atas,” katanya perniagaannya turut dibantu Pengurus Warisan Angsari, Putri Eliza Megat Nazam.
Menurutnya, dia mengembara ke pelbagai negara seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Amerika Syarikat, England, Itali dan Jerman untuk membeli keris.
“Ada seorang pengumpul keris warga Jerman yang saya jumpa mempunyai 40 koleksi keris dan harga setiap keris pula memang mahal,” katanya.
Enggan berhutang
Angah berkata, impian untuk membuka kedai tercapai setelah empat tahun terlibat dalam bidang tersebut.
Katanya, selain keris dia menjual barang antik lain dan pada masa sama turut membuat busana Melayu.
"Pada awalnya untuk membuat busana Melayu siap, kos diperlukan dianggarkan kira-kira RM50,000 hingga RM60,000.
“Saya kumpul wang sedikit demi sedikit untuk buat busana itu sebelum mula menempah kain. Wang hasil peralatan keris yang disewa untuk persembahan teater pula digunakan bagi menghantar kain itu untuk dijahit,” katanya.
Menurutnya, dia melakukan perniagaan mengikut kemampuan kerana tidak mahu berhutang.
“Jika mahu berhutang juga, ikutlah kemampuan untuk membayarnya semula,” katanya.
Sesuai untuk semua golongan
Kata Angah, busana Melayu yang dibuatnya juga digunakan oleh artis dalam persembahan teater.
"Busana Melayu ini pernah dipersembahkan dalam 'International Festival For Drums and Traditional Arts' di Cairo, Egypt," katanya.
Angah berkata, dia turut mereka semula busana Melayu supaya sesuai untuk dipakai oleh pelanggan.
"Kita mahu mengembalikan cara pemakaian busana Melayu untuk dinikmati oleh semua golongan. Selain itu, busana ini boleh dijadikan baju raya,” katanya.
Dalam pada itu mengulas mengenai perancangan masa depan, menurutnya, dia mahu kedainya menjadi 'one stop centre' yang lebih memfokuskan sesuatu produk seperti barang antik, keris dan busana Melayu bagi memenuhi kehendak pelanggan.
“Sebagai contoh, jika ada pelanggan yang meminati keris, dia boleh mendapatkan atau menempah keris itu di sini,” katanya.

Angah pemilik warisan angsari dah meninggal Dunia 2-3 tahun lepas
ReplyDelete