Wednesday, March 2, 2016

Telefon pintar tahan lasak dilancarkan



Telefon pintar tahan lasak dilancarkan
Toughpad FZ-N1 dan FZ-F1 ialah dua peranti pintar Android dan Windows 10 Mobile yang tahan lasak seperti CAT S60.
SELEPAS peranti tahan lasak CAT S60 baharu sahaja dilancarkan beberapa hari yang lalu, Panasonic juga tidak mahu ketinggalan menghasilkan peranti tahan lasak mereka sendiri.
Toughpad FZ-N1 dan FZ-F1 ialah dua peranti pintar Android dan Windows 10 Mobile yang tahan lasak seperti CAT S60.
Kedua-dua peranti mempunyai skrin tahan retak 4.7″ IPS LCD 720P, diperkasakan pemproses 2.3GHz empat teras Snapdragon 801, RAM sebesar 2 Gigabyte dan muatan dalaman 16 Gigabyte. Kemampuan optik ialah kamera utama 8 Megapixel dan kamera hadapan 5 Megapixel. Sebuah bateri sebesar 3200 mAh disertakan dengan kemampuan pengecasan pantas. Pek bateri tambahan 6200 mAh turut disertakan bagi memastikan ia beroperasi sepanjang hari.
Peranti ini diuji untuk menahan hentakan terjatuh dari ketinggian 6 kaki dan melepasi ujian 3000 kali dijatuhkan dari ketinggian 3 kaki. Ia mematuhi piawaian kalis air IP68 dan MIL STD 810G. Harga jualan kedua-dua peranti ini pula ialah ASD1500 (RM 6274) sebuah. Harga yang amat mahal untuk anda miliki peranti yang tahan lasak!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: