Saturday, December 5, 2015

Entri Wikipedia Fazura jadi mangsa, #KimK popular



Entri Wikipedia Fazura jadi mangsa, #KimK popular
Salinan paparan entri Wikipedia berkenaan Fazura dan foto Kim Kardashian yang menjadi jenaka netizen.
SUSULAN salah faham di antara selebriti tanah air Nur Fazura Sharifuddin dengan seorang pelayar Instagram berkenaan perkataan 'kimK', hashtag #KimK dan jenaka Kimk menjadi popular bersama-sama video Kim Kardshian yang telah diubah.
Tidak cukup dengan itu, entri Wikipedia berkenaan Fazura juga menjadi mangsa 'cyber vandalism' apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengubah maklumat mengenai pelakon berkenaan.
Dalam laporan berbeza, Astro Awani mengatakan Fazura menafikan akan mengadakan pertemuan dengan seorang pelayar Instagram yang terlibat dengan insiden 'KimK'.
2 Disember lepas, salah faham terjadi diantara Fazura dan pelayar laman Instagram terbabit selepas penggunaan kata 'Kimk' yang disalaherti dengan perkataan carutan.
Fazura kemudian bertindak memuatnaik salinan paparan komen 'KimK' berkenaan sambil mengutuk tindakan pelayar Instagram terbabit.
Salah faham berkenaan pantas menjadi viral dan warga netizen di laman sosial mendesak pelakon berumur 32 tahun tersebut meminta maaf secara terbuka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: