Friday, October 2, 2015

Stacy lebih matang


Stacy

PENYANYI Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam memaklumkan pertunangannya bersama penyanyi Akim Ahmad baru-baru ini merupakan fasa baharu dalam kehidupannya.

Penyanyi berusia 25 tahun itu berkata, selepas bertunang dia berasa lebih matang berbanding sebelum ini.

"Apabila bertunang banyak yang hendak difikirkan, malah ia juga adalah satu proses yang mana persediaan untuk mendirikan rumah tangga.

"Jadi, ia banyak membantu dan mendidik saya menjadi seorang wanita yang lebih matang," katanya.

Tambah Stacy, walaupun begitu, dia tidak mahu terlalu terbuka bercerita mengenai pertunangan mereka.

"Cukup semua sudah tahu kami bertunang dan tidak merahsiakan perkara baik ini.

"Selanjutnya biarlah menjadi rahsia kami," katanya telah bertunang dengan Akim pada 26 September lalu.

Selain keputusan bertunang kerana mengikut kehendak keluarga mereka selepas Stacy memeluk agama Islam, jelasnya, dia juga kini bersedia mempunyai hubungan lebih serius dengan pelantun lagu Mewangi itu kerana hubungan mereka sudah menjangkau enam tahun.

"Kami hormati permintaan mereka, lebih-lebih lagi saya sendiri sudah pun bersedia ke peringkat seterusnya," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: