Friday, October 2, 2015

Kanak-kanak bahayakan nyawa demi emas



Kanak-kanak bahayakan nyawa demi emas
Pelombong kanak-kanak terpaksa berada di dalam lombong selama beberapa jam untuk mendapatkan emas.
MANILA - FILIPINA. Ribuan kanak-kanak seawal usia 9 tahun mempertaruhkan nyawa mereka untuk menggali dan menyelam bagi mendapatkan emas di kawasan perlombongan di Filipina, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia dalam satu laporan diterbitkan semalam.

Menurut kumpulan itu,mereka terpaksa bekerja dalam lubang sedalam 25 meter, di bawah air, di sepanjang pantai atau sungai di seluruh negara dan perlu memproses emas dengan merkuri serta logam toksik.

Bagi lombong bawah tanah, mereka juga berisiko untuk mengalami kecederaan akibat jatuhan batu dan kayu serta kekurangan oksigen.

Pengarah kumpulan, Juliane Kippenberg berkata, meskipun kerajaan telah menggubal undang-undang untuk membanteras buruh kanak-kanak, namun ia gagal dilaksanakan dengan baik.

"Mereka bekerja dalam suasana menakutkan di lombong emas kecil-kecilan. Kerajaan melarang buruh kanak-kanak, tetapi mereka tidak serius dalam menguatkuasakan undang-undang tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: