Kanak-kanak teruja memilih buku komik .
SEREMBAN – ‘Ambil apa sahaja, tiada jual beli dan tiada pertukaran bater, tetapi semuanya adalah percuma’.
Bunyinya macam tak percaya, tapi itulah yang disediakan di program Pasar Percuma yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Blok C, Ampangan, di sini, semalam.
Pelbagai barangan ditawarkan pada pasar terbabit yang dibuka seawal jam 9 pagi seperti pakaian, perkakasan dapur, alatan permainan dan buku selain turut disediakan sarapan pagi kepada pengunjung.
Pengerusi Penganjur Program, Nur Aqilah Azali berkata, program melibatkan 25 penyumbang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian itu diadakan bertujuan mendidik masyarakat melakukan amal dengan menyumbang barangan dalam simpanan mereka yang tidak lagi digunakan.
“Semua orang ada simpan barang yang tak dipakai. Daripada tak digunakan atau nak buang barang itu lebih baik disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
“Setidak-tidaknya dengan cara itu kita dapat membuat amal kebajikan dan dapat mengelakkan pembaziran membiarkan barang dalam simpanan terbiar begitu sahaja,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, walaupun ia diadakan secara percuma orang ramai dinasihatkan supaya hanya mengambil barang yang perlu sahaja, tidak tamak dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberi.
“Orang yang datang semuanya tak guna duit dan kita tak akan nampak siapa kaya dan siapa miskin. Dari situ tiada label dalam masyarakat.
“Tapi janganlah sebab kita rasa ia percuma, kita nak ambil apa sahaja. Kalau rasa tak perlu, jangan ambil sebab mungkin orang lain lagi perlukan,” katanya.
Sementara itu pelajar lulusan Ijazah Sarjana Komunikasi Korporat Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, bagi menjayakan program terbabit, dia bersama pasukannya mengambil masa dua bulan, terutama untuk mencari penyumbang.
Manakala bagi menguar-uarkan mengenai kewujudan program itu, dia menggunakan laman sosial Facebook dan WhatsApp selain turut mengedarkan risalah dan menampalnya di tempat tumpuan ramai.
“Kalau boleh kita nak penyumbang yang dapat sediakan barang berlainan, jadi ia lebih pelbagai. Saya bermula dengan Facebook Free Market dan dari situ ramai yang berminat tawarkan diri.
“Kenapa saya pilih kawasan Ampangan pula, sebab ia menetapi kumpulan sasaran kita iaitu mereka yang berpendapatan rendah. Tapi sebenarnya sesiapa pun boleh datang,” katanya.
Melihat sambutan yang diluar jangkaan, penganjur berhasrat mengadakan program terbabit di tempat lain di negeri ini dengan menyasarkan kawasan luar bandar.
Tak percaya boleh ambil barang percuma
Seorang warga emas Aminah Mustafa, 60, berkata, dia yang mengetahui mengenai program itu daripada kumpulan WhatsApp rakan sekolahnya pada awalnya tidak percaya ada program yang menyediakan pelbagai jenis barangan secara percuma.
Oleh sebab itu, dia tertarik untuk datang dan melihat sendiri apa yang ada pasar berkenaan yang pertama kali didengarnya.
“Tapi bila datang sini memang betul semuanya percuma dan kita boleh ambil apa sahaja barang yang ada.
“Bagi saya baguslah program seperti ini diadakan sebab kadang-kadang kita ada banyak barang yang disimpan dan tidak digunakan, akhirnya dibuang begitu sahaja,” katanya.
Malah, katanya, jika program seperti itu diadakan lagi dia juga turut berminat menyumbang.
Sementara itu Rahimah Ibrahim, 68, dari Taman Bukti menyifatkan program itu sangat menarik kerana memberi peluang kepada masyarakat untuk beramal.
“Kalau dapat hadiah itu biasalah, tapi tak pernah pula seumur hidup saya dapat barang percuma macam ini, dan boleh pilih pula apa-apa yang ada, banyak pula itu,” katanya yang membawa pulang beberapa helai baju kurung.
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Surau Kampung Blok C Ampangan, Bakri Paijo berkata, pihaknya bersetuju penganjur mengadakan program itu diperkarangan surau kerana mendapati ia adalah program yang baik untuk masyarakat.
“Bagi saya ia salah satu konsep program amal yang perlu diteruskan. Sesiapa pun boleh menyumbang dengan cara sebegini memberi secara sukarela barangan sendiri kepada mereka yang perlu.
“Kita benarkan mereka gunakan perkarangan surau sebab ia juga adalah ruang untuk menggalakkan masyarakat untuk datang ke rumah ibadah,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: