Mohd Nasir menyerahkan cenderahati kepada Hazzirah.
PUTRAJAYA – Pelajar paling muda dianugerahi Doktor Falsafah (PhD) di Malaysia, Dr Hazzirah Izzati Mat Hassim, 24, dilantik sebagai ikon muda Persatuan Orang Kota Bharu (POKB).
Anak jati Kota Bharu yang berkelulusan dalam bidang Matematik di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), itu diraikan pada Majlis Tautan Kaseh POKB, di Kelab Tasik Putrajaya, Sabtu lalu.
Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata, ia sebagai sumber inspirasi kepada anak-anak muda terutama di Kota Bharu supaya mengikut jejak Hazzirah yang berjaya dalam pelajaran pada usia muda.
Dalam Majlis Tautan Kaseh pertama dianjur POKB, Hazzirah menerima sumbangan komputer riba daripada Penasihat POKB Yang juga Penaung Tabung Kesejahteraan OKB, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh.
Beliau turut menerima cenderahati daripada Ahli Jawatankuasa Tabung Kaseh Kanser OKB Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) yang juga Timbalan Pengerusi Urusan Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Mohd Nasir Hamzah.
Sheikh Ahmad berkata, POKB yang bukan hanya berkisar kepada kebajikan tetapi bermatlamat memberi peluang kepada ahli muda untuk berjaya dan terpanggil menganjur program itu kerana bangga dengan pencapaian Hazzirah meski berlatarbelakangkan keluarga sederhana.
Katanya, anak kedua kepada Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan, Mat Hassim Daud, dan Guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1 Martinawati Salleh itu memberi contoh baik kepada anak-anak muda.
“Saya yakin dengan kejayaan dan pengalamannya sedikit sebanyak dapat membantu persatuan dan juga masyarakat khususnya masyarakat di Kota Bharu untuk bergerak lebih maju ke depan,” katanya.
Turut hadir Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Dr Raduan Che Rose.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: