SEJAK bulan November tahun lalu, hubungan cinta antara anak lelaki Cef Wan yang bertubuh sasa, Cef Riz dengan Shikin Maembong mula bertebaran.
Biarpun tiada pengakuan bercinta daripada mulut bekas suami kepada Ana Dahlia dan juga kakak kepada Emma Maembong itu, gambar-gambar mesra kedua-duanya yang dimuat naik di internet menunjukkan mereka seperti pasangan bercinta.
Selepas itu, gosip percintaan Cef Riz dengan Shikin kembali senyap. Diva tertanya-tanya juga apa yang terjadi kepada pasangan itu. Pertanyaan Diva akhirnya terjawab.
Khabarnya, hubungan Cef Riz dengan Shikin semakin serius. Diva dikhabarkan, Cef Riz sudah bertemu dengan keluarga Shikin dan meminta kebenaran bapa kekasihnya itu, Ismail Embong untuk memperisterikan Shikin.
Shikin juga sudah bertemu bapa Cef Riz, Cef Wan dan kedua-dua pasangan itu mendapat restu bapa masing-masing untuk berkahwin.
Khabarnya, pasangan itu akan mengakhiri zaman solo mereka pada hujung tahun ini.
Diva: Teringin pula melihat Ana Dahlia berkahwin dengan teman tapi mesranya, Ubai Zulkiflee.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: