- Shae
KEMUNCULAN ‘Sayang’ benar-benar memberi impak terhadap karier nyanyian gadis cantik ini dan tidak dinafikan ia juga pernah menjadi satu fenomena luar biasa masyarakat di sini.
Memiliki gaya yang tersendiri, Sheryl Gething atau lebih dikenali sebagai Shae berjaya menambat hati peminatnya dengan single Sayang dan lebih membanggakan ia turut berjaya meraih penjualan nada dering digital melebihi sejuta unit.
“Saya hanya mampu menangis kerana tidak sangka dan terkejut dengan sambutan ini. Saya sangat terharu dan tidak tahu bagaimana cara untuk ungkapkan perasaan ini.
“Sejak dari kecil lagi saya suka menyanyi dan hanya itu yang saya mahu. Saya tidak pernah peduli menyanyi di pentas yang kecil atau di kafe, kerana menyanyi buat saya bahagia.
“Alhamdulillah, walaupun tidak sangka tapi saya syukur kerana peminat menghargai saya,” ujarnya dalam nada sebak ketika ditemui pada majlis penghargaan anugerah 5X Paltinum & #kamirindushae baru-baru ini.
Akui lebih dikenali di Malaysia berbandang negara asalnya, Shae bagaimanapun tidak mahu berputus asa malah yakin rezekinya sudah tertulis.
“Jangankan terfikir lagu Sayang ini terjual sampai satu juta, bila dapat tahu lagu mula di mainkan di Malaysia pun sudah buat saya benar-benar terharu.
“Saya tidak kisah jika tidak popular di negara sendiri sebab apa yang berlaku semuanya sudah ditentukan.
“Lagi pun saya tidak pernah impikan nyanyian saya sampai ke tahap ini,” jelasnya.
Cinta Sambal Belacan
Sebagai seorang anak seni, biarpun menyedari kontroversi juga memberi peranan untuk menaikkan nama sesetengah artis namun Shae enggan menggunakan jalan pintas seperti itu untuk mengembangkan lagi bakatnya.
“Ya saya percaya kontroversi boleh menaikkan nama artis dan dikenali dengan cepat, tetapi saya tidak mahu berbuat perkara yang sebegitu,” ujarnya ringkas.
Dalam perkembangan lain, Shae kini juga mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan drama di mana dia terlibat dalam penggambaran Cinta Sambal Belacan terbitan Astro.
“Sebenarnya dalam soal lakonan saya seorang yang sangat memilih dari segi skrip dan watak.
“Kalau boleh saya mahu seimbangkan semua perkara yang saya suka lakukan dan akan lakukan yang terbaik,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: