- Wak Leh menolak kerusi roda yang diletakkan bekas kuih ke rumah penduduk
PONTIAN - Kehadirannya dinantikan penduduk sekitar Permas dan Serkat untuk mendapatkan kuih yang dijual di atas kerusi roda seawal jam 7 pagi, setiap hari.
Sarip Hamzah, 56, atau mesra disapa Wak Leh Kuih tidak menjadikan kecacatan fizikal alasan mengharapkan bantuan orang.
Melihat keadaan Wak Leh, sukar mempercayai dia mampu menolak kerusi yang sarat dengan kuih menuju ke rumah penduduk setiap hari, memandangkan tulang kaki kiri yang kecil dan tangan membengkok.
Namun, itu dilakukan Wak Leh yang hidup sebatang kara dan tidak pernah mendirikan rumah tangga sejak 40 tahun lalu.
Ketika ditemui, Wak Leh memberitahu, kecacatan fizikal sejak dilahirkan dan hidup di dalam keluarga yang susah menyebabkan dia berdikari untuk mencari sesuap nasi.
Menurutnya, dia menjaja kuih pada sebelah pagi dan mengutip botol serta tin kosong pada sebelah petang.
“Wak tak mahu hidup dengan simpati orang, selagi mampu Wak akan tolak kerusi roda untuk jual kuih.
“Kerusi roda ini ada orang kampung beri, Wak guna bawa kuih untuk dijual dari rumah ke rumah penduduk setiap hari,” katanya.
Meskipun kerap tersembam jatuh kerana keadaan kaki tidak mampu menampung berat badan, dia tetap bersemangat untuk bangun dan menolak kerusi rodanya semula.
“Wak tak fikir rasa sakit, yang penting kuih habis. Setiap hari, jualan kuih karipap, pau sambal, roti goreng dan nasi lemak mampu cecah RM90. Wak akan dapat upah RM12,” katanya.
Dia bersyukur kerana dikelilingi jiran yang sering membantu dan saudara yang membenarkannya tinggal bersama di Kampung Sungai Kuali selepas ibu bapanya meninggal dunia.
“Ramai minta Wak duduk rumah saja, tapi Wak tak mahu bergantung dengan bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300,” katanya.
Sementara itu, Jannah Abd Razak, 74, berkata, hampir 40 tahun dia membuat kuih untuk dijual oleh Wak Leh.
Dia menyifatkan Wak Leh seorang yang rajin mencari rezeki dan tidak pernah berputus asa walaupun kerap terjatuh ketika berniaga.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: