Monday, September 22, 2014

Sharifah Sakinah Anggap Jihan Musa Lebih Layak Menang


Sharifah Sakinah anggap pengikut di Instagram banyak mengundinya.
SHAH ALAM: Pelakon Sharifah Sakinah takut kemenangannya merangkul anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2014 menjadi isu dan akan dipersoalkan banyak pihak.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, berkata, ia berikutan belum merasakan dirinya layak memeggang gelaran tersebut berbanding pesaing terdekatnya yang turut tercalon iaitu pelawak Jihan Musa.
"Kemenangan ini bukan terbaik tetapi mengikut populariti dan undian peminat, kalau diikutkan memang saya tidak layak untuk menang kerana lawak saya tidak sehebat Jihan.

"Saya takut kemenangan ini akan jadi isu dan orang ramai akan persoalkan kerana saya tidak lawak macam pelawak lain," ujarnya kepada mStar Online.

Sakinah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemenangannya di kategori Pelakon Komedi Wanita (Popular) di Anugerah Lawak Warna 2014 yang diadakan di Teater Selangor, malam Jumaat.

Jihan turut membuat persembahan bersama kumpulannya SYJ pada majlis anugerah tersebut.

Katanya, dia turut mengundi Jihan Musa dalam kategori tersebut kerana memikirkan wanita itu layak memenangi kategori tersebut.
Bagaimanapun, katanya, dia menerima kejayaan itu sebagai satu rezeki untuk dia terus aktif dalam genre komedi.

"Saya rasa yang mengundi saya ialah peminat di Instagram kerana pengikut saya ramai beratus ribu walaupun separuh daripadanya pembenci tetapi pengikut itu benar-benar peminat yang mahu saya menang.

"Oleh itu saya ambil sikap positif dan terima kemenangan ini sebagai rezeki," ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah berkata kemenangan tersebut memberi semangat kepadanya untuk terus belajar tentang komedi dan memperbaiki mutu lakonan komedinya pada masa akan datang.

"Saya masih baru dan banyak yang perlu belajar terutama tentang komedi, saya mahu orang ramai melihat bekat saya seiring dengan anugerah yang saya dapat ini," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: