- Tayar terbuang yang berjaya dikumpulkan penduduk
KEMAMAN – Tayar kenderaan terbiar yang menakung air dan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk antara sampah berjaya dikumpulkan pada Gotong-Royong Gempur Aedes Mega di Bukit Kuang anjuran Kemaman Bitumen Company Sdn Bhd (KBC) bersama JKKK.
Seramai 300 penduduk menyertai gotong-royong itu dengan melakukan pembersihan di kawasan rumah masing-masing.
Menariknya, keluarga yang berjaya mengumpulkan sampah terbanyak diberikan hadiah.
Pengurus Besar Kilang KBC, Puwanat Wantanachaisaeng berkata, gotong-royong itu bagi menggalakkan penduduk meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari untuk membersihkan rumah dan kawasan sekitarnya agar tidak berlaku kes denggi.
“Menyedari peningkatan kes demam denggi di seluruh negara ketika ini, KBC mengambil langkah proaktif dengan mengadakan program gotong-royong sebegini untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat di sekitar kawasan operasi kilang kami
mengenai bahayanya aedes yang boleh membunuh.
“Seramai 15 kakitangan KBC turut terlibat dalam gotong-royong ini, sekali gus mengeratkan lagi ikatan yang terjalin antara pihak KBC dengan penduduk Bukit Kuang,” katanya pada acara itu yang dirasmikan Setiausaha Penyelaras Umno Dun Kijal, Roshali Taha.
Turut serta, Pengerusi JKKK Kampung Bukit Kuang, Mohd Fadli Ibrahim dan timbalannya, Ahmad Rostam Mohamad.
KBC membelanjakan kira-kira RM4,000 untuk menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu yang turut menyediakan gerai pemeriksaan kesihatan percuma dikendalikan Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman.
“CSR ini juga dilakukan kerana KBC mahu berkongsi keuntungan yang kami peroleh bersama penduduk setempat,” katanya.
Sementara itu, Roshali berkata, gotong-royong di rumah adalah langkah paling berkesan mencegah denggi kerana penularan wabak itu sebenarnya bermula dari rumah jika penghuninya tidak mengendahkan kebersihan.
“Denggi menyerang tak mengenal mangsa, sesiapa sahaja terdedah jika wujudnya tempat pembiakannya jadi kesedaran bermula dari rumah.
“Selain itu, syarikat swasta juga boleh menyumbang kepada masyarakat menerusi program seperti ini yang boleh membuka mata penduduk setempat,” katanya.
Pada masa sama beliau berkata, PBT juga perlu cakna terutama di kawasan yang baru membangun.
“Pemantauan perlu dilakukan supaya ia tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: