- Gabungan tiga penyanyi tanah air (dari kiri) Badri Ibrahim, Aris Ariwatan dan Aidiel Ghaffar menghasilkan album single bertajuk 'Sujudku' terbitan Clixster Music yang dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini.
SEMUA kutipan royalti bagi single Sujudku nyanyian Aidiel Ghaffar, Aris Ariwatan dan Badri Ibrahim akan dikumpul melalui Tabung Harapan Clixster sebelum disalurkan kepada badan kebajikan, kata pencipta lagu tersebut Othman Masri.
Beliau yang juga terkenal dengan nama Man Senoi berkata, single Sujudku dicipta sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut Ahad ini dan merupakan projek ikhlas Clixster Music Sdn Bhd yang bukan mengejar keuntungan semata-mata tetapi lebih kepada menyentuh rohani masyarakat.
Katanya, lagu tersebut tidak akan dijual di pasaran kerana ia akan dimuat naik ke laman sosial Youtube bagi memudahkan pendengar untuk mendengar atau memuat turun lagu tersebut secara percuma.
"Kita wujudkan Tabung Harapan Clixster, dan melalui tabung tersebut kita alu-alukan sekiranya ada sumbangan daripada pendengar dan akan disalurkan kepada golongan kurang bernasib baik atau badan kebajikan.
"Sekiranya ada permintaan, kita akan keluarkan VCD single lagu Sujudku untuk dijual kepada masyarakat," katanya pada sidang media di ibu pejabat Clixster Mobile Group di sini hari ini.
Menurut Othman lagi, royalti ini tidak terhad kerana setiap tahun ia akan dikumpulkan selagi lagu itu masih mendapat siaran di kaca televisyen mahupun di muat turun atau ditonton di Youtube.
Katanya, lagu itu mengambil masa 10 bulan untuk dicipta selepas beberapa kali diubah dari segi muziknya dan mempunyai tiga kombinasi irama iaitu keroncong, gamelan dan samba.
"Saya lebih gemar untuk bereksperimen menerusi lagi ini," katanya sambil berharap lagu itu akan mendapat sambutan untuk disiarkan kerana ia akan menambahkan lagi jumlah kutipan royalti.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: