- Mukhtar menunjuk sebilah tombak yang berusia lebih 100 tahun yang akan dipasang pemegang kayu dan sarung.
KUALA NERANG - Sebagai pengusaha pembuat sarung dan senjata tajam, mereka memerlukan kemahiran yang tinggi bagi memperlihatkan hasil kerja supaya nampak lebih bernilai.
Bagaimanapun di sebalik ilmu kemahiran yang diperlukan, mereka juga memerlukan pendinding diri kerana pekerjaan itu berhadapan dengan pelbagai misteri terutamanya senjata yang pernah melakukan peristiwa berdarah.
Ini diakui sendiri oleh pengusaha pembuat sarung dan senjata tajam, Mukhtar Hassan, 56, dari Kampung Pokok Machang, dekat sini, yang pernah melalui pelbagai perkara misteri hingga mencabarnya sebagai pembuat sarung senjata tajam terutamanya keris, pedang dan tombak.
Mukhtar berkata, sepanjang 25 tahun melibatkan diri dalam pekerjaan itu, dia menghadapi pelbagai dugaan terutamanya ada pelanggan yang ingin memasang atau menukar sarung keris dan pedang yang baru.
Katanya, keris atau pedang yang dihantar kepadanya adalah berusia lebih 100 tahun untuk dipakai sarung baru supaya cantik dan menarik.
"Bagaimanapun langkah pertama ialah memastikan senjata itu tidak mempunyai khadam kerana jika silap pasang akan menimbulkan masalah. Pernah seorang pelanggan ingin menukar sarung yang berusia lebih 100 tahun dan apabila saya cuba menukar dan memakai sarung baru, mendapati kayu sarung baru itu pecah hingga beberapa kali dipakainya.
"Akhirnya saya terpaksa bercakap dengan senjata itu dan barulah saya tahu kehendak khadam itu yang memerlukan kayu tertentu untuk dipakai kepadanya. Selepas saya memakai keris itu dengan sarung dikehendakinya barulah kayunya tidak pecah lagi,” katanya.
Mukhtar berkata, ada sesetengah keris atau pedang selepas disarung mahu dipakai kain yang berwarna.
Katanya, jika tidak dituruti kemahuan, pemilik itu dikatakan akan menerima musibah dan sebab itulah ada keris walaupun sudah disarung tetapi masih ditutup dengan kain berwarna.
"Sebagai pembuat senjata tajam terutamanya keris dan tombak, saya pernah ditawarkan menanam senjata dengan bisa atau khadam tetapi saya menolaknya kerana itu bercanggah dengan kehendak agama.
"Saya menasihatkan kepada pengumpul senjata lama supaya senjata yang disimpan itu mestilah tahu asal-usul ," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: