NAMA Dan Khoo barangkali tidak sepopular Jinnyboy. Namun di YouTube, kedua-dua ini mempunyai persamaan, dikenali dan menghasilkan filem pendek.
Menerusi DanKhoo Production, Khoo telah menarik kira-kira 232,242 subscribers dan videonya telah ditonton lebih 21 juta kali!
Menariknya mengenai jejaka ini, Khoo merupakan seorang siswazah Ekonomi lepasan London School of Economics.
Bagaimanapun Khoo tidak menyangka hidupnya berubah setelah dia membuat keputusan untuk membuat filem dan berkongsinya di laman YouTube.
Bukan sahaja bertindak sebagai pengarah, Khoo juga turut berlakon dan menerbitkan karyanya sendiri. Namun kebanyakan videonya menampilkan pelakon tambahan yang terdiri dari rakan-rakannya.
Mula mempunyai saluran YouTube sekitar 2011, nama Dan Khoo kini turut menjadi sebutan bukan sahaja di kalangan bangsa Cina, bahkan bangsa lain di Malaysia.
"Pada mulanya saya tidak pernah memikirkan menghasilkan filem pendek sebagai satu karier. Ia sekadar satu aktiviti suka-suka untuk mengisi masa lapang.
"Selepas membeli sebiji kamera pada tahun 2011, saya mula merakamkan beberapa video. Namun ketika itu, saya hanya rakamkan apa yang terfikir di fikiran," katanya dalam sebuah temu bual sebelum ini.
Khoo berkata, selepas banyak merakamkan video, dia terfikir untuk memuat naik hasil kerjanya di YouTube kerana laman itu tidak memerlukan dia membayar untuk menyimpan hasil kerjanya.
"Tentu sekali saya tidak pernah menjangkakan video yang saya muat naik akan menjadi terkenal. Saya hanya muat naik sekadar untuk koleksi saya sendiri.
"Tapi lama-kelamaan saya sedar, video saya mula menjadi perhatian. Kemudian sekitar 2012, saya berjumpa dengan beberapa individu yang terkenal di laman YouTube seperti Jinnyboy.
"Dari situ kami terfikir untuk bekerjasama dan membuat kemunculan dalam video masing-masing dan saya tidak menyangka ada yang menonton dan menyukainya," katanya.
Tambah Khoo ketika awal menyertai YouTube, dia mempunyai kira-kira 100 subscriber dan jumlah itu sudah cukup mengejutkannya.
"Saya akui saya pernah terfikir, 'alangkah baiknya kalau jumlah itu boleh mencapai 1,000' tapi saya tahu ia mustahil. Bagaimanapun apabila jumlah itu tercapai, saya mengimpikan untuk memiliki 10,000 subscriber.
"Sekali lagi, saya tahu ia adalah mustahil dan mungkin akan ambil masa bertahun untuk memiliki jumlah itu. Tapi akhirnya saya berjaya mencapai sasaran itu dalam masa singkat," katanya.
Video santai
Pada pandangan penulis, rata-rata yang menyukai video Khoo adalah kerana idea dan inti pati video ini dekat dengan rakyat Malaysia.
Menggunakan bahasa Melayu, Inggeris dan Cina dalam video-video buatannya, Khoo berkata, video-video yang dihasilkan hanya sekadar suka-suka.
"Kebanyakan penonton suka dengan hasil dan video yang dekat dengan diri mereka. Lagipun tidak ada apa-apa yang kami kejarkan dan kami buat video hanya untuk suka-suka dan bergembira," katanya.
Bina empayar sendiri
Tidak lokek berkongsi impiannya, Khoo berkata, dia menyasarkan untuk membina satu empayar atau nama sendiri dan membuat lebih banyak video pada masa hadapan.
"Saya sasarkan untuk melebarkan nama saya dan merakamkan video saya di Amerika Syarikat dan berkolaborasi dengan Youtuber terkenal di sana.
"Saya sudah memiliki beberapa nama dan bila saya semakin stabil serta mempunyai masa terluang, saya tidak akan teragak-agak untuk ke sana," katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: