|
PAKAR dalam pemanggangan ayam, Kenny Rogers Roasters (KRR) memperkenalkan empat menu makanan ringan baharu. Ia merupakan snek yang ditawarkan sebagai pelengkap juadah utama ataupun dipesan secara ala carte.
Keempat-empat menu itu ialah crispy sea-rific wonton iaitu wantan berisi bebola ikan, much-shroom munchies yang berteraskan cendawan, fiery flaming wings yang merupakan kepak ayam dan hot chic tenders iaitu ayam berpotongan kecil.
Kumpulan snek itu dipecahkan kepada dua cita rasa, pedas dan tidak pedas. Penggemar makanan pedas pasti menggemari fiery flaming wings dan hot chic tenders. Crispy sea-rific wonton dan much-shroom munchies pula sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak pedas.
Tambahan
Sekiranya pelanggan memesan set Kenny’s share-it platter, mereka akan memperoleh keempat-empat snek dengan tambahan bebola daging ayam dan sosej ayam koktel. Ia turut disajikan bersama sos barbeku yang menjadi signatur KRR.
“Apabila bercakap tentang snek, pasti orang mengelaskannya sebagai makanan tidak sihat. Namun, perspektif itu tidak sesuai dilabelkan kepada snek KRR.
“Kesemua snek kami dimasak menerusi teknik panggang. Ia tidak digoreng seperti kebanyakan makanan ringan. Jadi, pelanggan boleh menikmati keenakan snek dan dalam masa yang sama, mengekalkan kesihatan.
“Selain sesuai dinikmati ketika minum petang, ia juga boleh dipesan ketika bersantai dengan rakan-rakan pada bila-bila masa sepanjang waktu operasi restoran,” jelas Timbalan Pengurus Besar, Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd., Esther Woo ketika ditemui pemberita di restoran KRR, pusat beli-belah Encorp Strand, Kota Damansara, Selangor baru-baru ini.
Menerusi pembelian hidangan utama di KRR termasuk salad, ayam, pasta dan menu sihat, pelanggan boleh memilih salah satu daripada empat snek tersebut pada harga RM6.
Pesanan secara ala carte pula ditetapkan pada harga RM9.90 untuk setiap snek manakala set Kenny’s share it-platter dijual pada harga RM23.90.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: