- Mat Ismail menunjukkan pek inovasi baharu budu cap Ketereh.
BERMULA dengan pengalaman sendiri yang tidak dapat membawa budu ketika menaiki kapal terbang, seorang pengusaha memperkenalkan makanan istimewa itu dalam bentuk tiub.
Pengusaha Budu Cap Ketereh, Mat Ismail Jusoh berkata, idea tersebut diperoleh sejak tiga tahun lalu selepas beliau tidak dibenarkan membawa budu diisi dalam botol ketika mengunjungi negara China, Indonesia dan Thailand.
Mat Ismail berkata, sejak itu, beliau berusaha untuk menambahbaik produk keluarannya bagi memberi kemudahan kepada penggemar budu di seluruh negara.
Katanya, pada tahun hadapan, beliau berhasrat untuk mengeksport produk (budu tiub) itu ke pasaran antarabangsa termasuk Dubai.
“Alhamdulillah, sekarang sudah lima bulan budu (pati ikan bilis) yang diperkenalkan dalam bentuk tiub berada di dalam pasaran seluruh Malaysia.
“Sekarang penggemar makanan popular Kelantan ini boleh menikmati budu di mana sahaja kerana ia boleh dibawa ke destinasi pilihan tanpa rasa bimbang ia akan pecah,” katanya selepas perasmian Produk Budu Cap Ketereh Inovasi Baharu di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor disempurnakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang turut dihadiri Pengarah Miti Kelantan, Azran Derahman.
Syarikat budu cap Ketereh yang beroperasi di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor merupakan kilang pemprosesan terbesar di seluruh negara dan beroperasi sejak 34 tahun lalu.
Sekarang, Mat Ismail boleh berbangga dengan hasil inovasinya itu apabila produk budu berkenaan berjaya dikeluarkan sebanyak 50,000 dozen tiub.
Selain itu, Mat Ismail berkata, perusahaan warisan sejak 34 tahun itu bukan sahaja beri rezeki kepada keluarganya, bahkan seramai 80 penduduk setempat bekerja di kilang berkenaan.
Menurutnya, biarpun budu dalam bentuk tiub tersebut semakin mendapat tempat di pasaran, namun budu (botol) tetap menjadi pilihan di dalam dan luar negara sejak 34 tahun lalu lagi.
“Dalam setahun, sebanyak satu juta botol budu berjaya dipasarkan di seluruh negara dengan jualan RM10 juta setahun. Manakala Kuala Lumpur dan Terengganu antara negeri yang terbanyak dipasarkan,” katanya.
Mat Ismail memberitahu, rahsia kejayaan perniagaannya yang dapat bertahan sejak 34 tahun adalah memastikan ikan bilis dibelinya segar sebelum diproses dan mengutamakan kebersihan supaya rasanya tidak berubah.
Dalam pada itu, katanya, sepanjang kempen PRK Dun Pengkalan Kubor, permintaan budu juga amat luar biasa apabila lebih 5,000 botol dikeluarkan berbanding hari kebiasaannya.
“Ini kerana permintaan penjual di kedai makan kerana ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri tertumpu di Pengkalan Kubor,” katanya.
Sementara itu, Azran berkata, pada 2011 Miti menerusi agensinya memberi geran pembungkusan sebanyak RM98,000.
“Pada tahun ini, syarikat tersebut menghantar permohonan kepada SME Bank dan kita berusaha bagi membantu kerana ini merupakan produk tradisional Kelantan yang mempunyai pasaran luas untuk diterokai.
“Ini termasuk usaha untuk memasarkannya ke Dubai, Brunei dan lain-lain negara lagi yang mempunyai potensinya,” katanya.
Sementara itu, Mustapa berkata, kementeriannya merancang membantu mengeksport produk budu itu ke Dubai, Makkah, Arab Saudi, Brunei dan Singapura.
“Syarikat budu yang terbesar di Malaysia ini, sudah mencapai jualan RM10 juta setahun di seluruh negara. Kita melihat budu ini mempunyai potensi menembusi pasaran luar jika mempunyai perancangan rapi dari segi pemasaran, pembungkusan dan pembuatan,” katanya.
Beliau berkata, kejayaan pemilik syarikat budu berkenaan bukan sahaja memberi peluang pekerjaan kepada lebih 80 penduduk tetapi juga membantu 36 nelayan ikan bilis.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: