- Seorang lelaki (baju hitam) membuat kecoh kerana tidak menyenangi kehadiran pengadu, mangsa dan pemberita di luar pejabat sindiket gores dan menang, semalam.
SEREMBAN - Penantian enam mangsa penipuan untuk bersemuka dengan sindiket gores dan menang di pejabat yang terletak di di Pusat Komersil Bukit Kepayang, di sini, hampa apabila kumpulan sindiket terbabit gagal hadirkan diri.
Mereka menunggu sejak 11 pagi untuk mendapatkan semula wang seperti dijanjikan, namun sehingga 1.30 petang, kelibat wakil sindiket tidak kelihatan, malah pejabat yang menjalankan perniagaan itu didapati tutup.
Keadaan menjadi tegang apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya wakil syarikat berkenaan membuat kecoh apabila mengetahui pemberita dan jurugambar turut menunggu bersama mangsa di hadapan pejabat berkenaan.
Tidak senang dengan kehadiran pemberita, berlaku sedikit pertelingkahan antara wakil tersebut dengan salah seorang lelaki mewakili rakannya yang turut menjadi mangsa gores menang, namun ia dapat diselesaikan dengan baik walaupun gagal menuntut semula wang mangsa.
Seorang pengadu yang enggan dikenali, 30, berkata, dia hadir ke pejabat itu untuk menuntut keadilan bagi pihak ibunya yang ditipu sindiket terbabit membabitkan wang RM40,000.
“Apabila ramai mangsa memberitahu kumpulan sindiket itu akan memulangkan wang mereka hari ini, jadi saya hadir bagi mewakili ibu saya. Tetapi rupa-rupanya mereka ditipu sekali lagi,” katanya.
Ketika menceritakan semula kes yang berlaku terhadap ibunya, katanya, kejadian berlaku 11 September lalu di sebuah pasar raya di bandar ini, kira-kira 12 tengah hari.
“Ibu saya didatangi enam lelaki termasuk seorang remaja perempuan belasan tahun di tempat letak kereta di pasar raya terbabit yang kemudian menawarkan ibu saya membuka kad peraduan gores dan menang.
“Ketika itu ibu berseorangan pergi ke pasar raya. Sebaik menggores, mereka memaklumkan kepada ibu saya supaya membayar wang deposit dahulu untuk mendapatkan hadiah misteri," katanya.
Menurutnya, sindiket itu turut bertanya kepada ibu saya jumlah simpanan dalam akaunnya sebelum ibunya memberitahu mempunyai wang simpanan sejumlah RM40,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia.
“Tidak lama kemudian, kumpulan sindiket berkenaan terus membawa ibu saya balik ke rumah menaiki kenderaan mereka untuk mengambil buku simpanan sebelum dibawa ke sebuah bank di bandar ini.
“Ibu saya yang seolah-olah seperti dipukau mengikut apa sahaja diarahkan mereka dan terus mengeluarkan wang sejumlah RM40,000 di bank berkenaan tanpa bertanya apa-apa,” katanya kepada pemberita, semalam.
Menurutnya, ibunya yang berusia 58 tahun itu dibawa ke pejabat mereka di sini untuk menandatangani dokumen selepas mengeluarkan duit di bank.
“Mereka memberitahu supaya menyerahkan wang tersebut terlebih dahulu sebelum hadiah misteri yang dijanjikan itu diberikan, malah diminta supaya menandatangani segera dokumen diberikan tanpa perlu membaca isi kandungan.
“Tetapi akhirnya, ibu saya cuma dapat tujuh barangan elektrik; antaranya vakum serta dua tilam jet,” katanya.
Menurutnya, berikutan kejadian berlaku kepada ibunya itu, satu laporan polis dibuat.
Sementara itu, seorang lagi pengadu yang dikenali sebagai Low, 54, berkata, kumpulan sindiket berkenaan berjanji akan memulangkan semula duit mangsa gores dan menang semalam.
Bagaimanapun, katanya, sindiket terbabit menghantar seseorang untuk membuat kecoh pula.
“Kami hadir pun sebab mereka menghubungi supaya datang untuk mengambil wang daripada mereka, tetapi mereka menipu pula," katanya.
Menurutnya, walaupun tuntutan ganti rugi berjumlah RM1,500 milik rakannya, tetapi wang berkenaan adalah hak mangsa.
“Kami harap polis dapat ambil tindakan untuk perkara ini bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kepada orang lain,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: