KEHADIRAN duo ini dalam industri seni hiburan negara mungkin tidak disedari ramai.
Namun, sejak lagu Sahaja Aku Mencintaimu yang dimuatkan di laman sosial YouTube, kira-kira dua tahun lalu, lebih 150,000 orang telah menonton video tersebut.
Malah, ramai pula yang terpegun mendengar kelunakan suara adik beradik ini yang mahu dikenali sebagai Du'a.
Lebih istimewa lagi, biarpun masih baru dalam pentas hiburan, namun Du'a beruntung kerana berpeluang untuk tampil bersama-sama bapanya,
Amaluddin Mohd Napiah atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Amal.
Bukan itu saja, ramai pula yang beranggapan Du'a mempunyai pesonanya yang tersendiri seterusnya mampu untuk pergi lebih jauh dalam industri ini seperti mana bapanya, Ustaz Amal.
Bak kata orang, Ke Mana Tumpahnya Kuah, Kalau Tidak Ke Nasi.
Sedikit mengenai Ustaz Amal, figura ini pernah terbabit secara langsung dengan industri nasyid apabila bergabung dengan kumpulan Raihan, Hijjaz, Rabbani, Brothers serta Yassin menerusi lagu Ya Nabi Salamun Alaika.
Bahkan, Ustaz Amal juga pernah menghasilkan beberapa album solo dan antaranya adalah Salamun ‘Alaik di bawah naungan syarikat New Southern Records (NSR) pada 2001.
Nasyid medium dakwah
Pembabitan Amaluddin Mohd Napiah atau lebih mesra disapa sebagai Ustaz Amal dalam bidang seni bermula sejak menyertai Raihan pada 1996.
Walaupun hanya terlibat dalam satu album, Ustaz Amal tidak menyangka itu adalah detik permulaannya melangkah ke dalam bidang yang penuh glamor ini.
"Ketika bergabung dengan Raihan, saya ambil peluang untuk membina karakter dan belajar selok-belok mengenai industri ini.
"Namun, jodoh saya dengan Raihan tidak panjang tetapi kerjaya seni saya tidak terhenti setakat itu," katanya pada Zass.
Masakan tidak, selepas keluar daripada Raihan, rezeki Ustaz Amal dalam bidang ini semakin melimpah ruah.
Dia kemudiannya menghasilkan beberapa album solo selain berduet dengan kumpulan nasyid lain seperti Hijjaz, Rabbani, Brothers serta Yassin.
"Saya juga pernah bekerjasama dengan Mawi dalam melahirkan album qasidah pertamanya berjudul Mawi... Doa, Berzanji, Marhaban & Qasidah Berlagu pada 2006.
"Sebelum itu, pada 2001, saya terlibat dalam penghasilan album Salamun ‘Alaik di bawah naungan syarikat New Southern Records (NSR).
"Pada masa sama, saya juga ada membuat album berkonsepkan zikir dengan In Team dan aktif sebagai penulis kolumnis," katanya.
Tanpa sedar, Ustaz Amal juga sebenarnya sangat aktif di belakang tabir.
Buktinya, dia adalah tulang belakang kepada kejayaan kumpulan kanak-kanak, Tilmiz sehingga mendapat perhatian masyarakat di seluruh negara.
"Saya pernah membangunkan kumpulan kanak-kanak, Tilmiz sehingga berjaya merakamkan sebuah album.
"Album itu kemudiannya menjadi hak eksklusif sebuah syarikat telekomunikasi yang menggunakan doa petikan daripada album Tilmiz untuk iklan mereka di kaca TV sepanjang Ramadan," katanya.
Tidak terhenti setakat itu, Ustaz Amal kini terlibat dalam dunia perniagaan apabila menubuhkan Jom Amal Solutions, awal tahun ini
"Jom Amal Solutions menawarkan perkhidmatan membekalkan kandungan selain bakal menerbitkan album.
"Setakat ini, Du'a yang dianggotai oleh anak-anak saya adalah artis pertama naungan kami.
"Insya-ALLAH, pada masa akan datang, bilangan artis naungan itu akan ditambah," katanya yang mengutamakan kepada penasyid yang serba boleh dalam industri agar berpeluang menjadi ikon negara.
Du'a ikut jejak bapa
Darah seni yang mengalir dalam tubuh Ustaz Amal ternyata tidak disia-siakan apabila dua puteranya mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkahnya.
Dua anaknya itu, Muhammad Asadullah (Asad) dan Muhammad Ajwad (Ajwad) kini bergabung dan menubuhkan kumpulan nasyid Du'a, sejak 2012.
Bahkan, siapa sangka, dua beradik ini juga sebenarnya sudah terdedah dengan irama nasyid sejak di usia kanak-kanak lagi apabila menganggotai kumpulan Tilmiz yang juga diuruskan bapanya.
Kata Asad, mereka menjadikan bapa sebagai mentor kerana Ustaz Amal adalah penyokong kuat selain membuka peluang dan jalan kepada Du'a untuk terus berkarya dalam industri yang penuh dengan cabaran ini.
"Saya dan Ajwad minat pada nasyid sejak kecil lagi. Mana tidaknya, sejak pembabitan ayah dalam bidang ini, kami telah didedahkan dengan muzik ini. Secara tidak langsung, ia menanamkan minat pada diri.
"Oleh sebab itu, apabila berpeluang untuk mengembangkan karier dalam bidang ini, kami tidak melepaskan peluang keemasan ini dan cuba membuat yang terbaik," kata Asad.
Walaupun dua beradik ini masih lagi menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), itu tidaklah menjadi satu masalah besar buat mereka.
Justeru, bagi mengelakkan pertembungan, mereka akan menyusun jadual sebaik mungkin dan hanya akan memenuhi undangan menyanyi pada hujung minggu.
"Kami sedar kami bukanlah artis sepenuhnya.
"Fokus utama kami tetap pada pelajaran.
"Kedua-duanya sama penting dan biarlah ia berjalan seiring" katanya lagi.
Dalam pada itu, Ustaz Amal yang turut mencelah berharap agar Du'a terus dapat menjaga nama dan imej yang mereka bawakan.
Bahkan, Ustaz Amal juga melihat kepada keterbukaan ruang oleh Du'a dalam industri ini yang sangat terbuka luas lantaran usia mereka yang masih muda.
Wilayah Impi
Terbaru, Du'a kini tampil mempromosikan album pertama mereka, Wilayah Impi yang akan dipasarkan oleh NSR.
Mengulas lanjut, Wilayah Impi disasarkan kepada golongan remaja yang seusia dengan Du'a sendiri.
Lantaran itu, Du'a lebih selesa tampil dengan muzik kontemporari yang mudah diterima pendengar.
Malah, beberapa pembaharuan turut dibuat bagi memastikan album ini lebih menarik.
"Album ini masih lagi berteraskan kepada nasyid cuma kami memasukkan elemen terkini seperti rap dalam beberapa lagu.
"Wilayah Impi adalah platform untuk kami berdakwah jadi kami kena menggunakannya sebaik mungkin," kata Asad.
Tambah Ajwad pula, Wilayah Impi menampilkan 10 lagu dan kebanyakan lagu dicipta berdasarkan situasi semasa yang berlaku di seluruh negara seperti isu Palestin yang diabadikan menerusi lagu Jatuh Bebas.
"Kami turut terkesan dengan penderitaan yang dilalui penduduk di Gaza sehingga mendorong kami menghasilkan lagu ini.
"Apa yang pasti, setiap lagu dalam album ini sudah tentu punya mesejnya tersendiri yang kami cuba sampaikan," katanya yang pernah menulis buku motivasi, Sahaja Aku Mencintaimu dan novel, Kembara Mencari Tuhan.
Dalam pada itu, Du'a juga berharap agar penyertaan mereka ke dalam industri nasyid ini diterima masyarakat.
"Kami mahu melihat industri nasyid itu berdiri setaraf dengan industri hiburan lain.
"Kami pasti Du'a ada kekuatannya sendiri dan kami menggunakan medium yang ada ini untuk terus menyampaikan dakwah.
"Pada masa sama, kami mengharapkan sokongan yang padu dan jitu daripada semua pihak," katanya bersungguh-sungguh.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: