Friday, September 26, 2014

Faizul, Juara AF 2013 Akur Tidak Popular


Faizul harap album Faizul Sany diterima peminat.
PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), Faizul sedar  namanya kurang dikenali  berbanding rakan-rakan seangkatanya selepas berakhirnya program realiti tersebut kira-kira setahun lalu.

Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 29, berkata, perkara tersebut disebabkan dia terlalu sibuk memberi komitmen terhadap prosos pembikinan album pertamanya berjudul Faizul Sany sehingga kurang menghadiri majlis yang mendapat liputan media.

"Selepas AF 2013 berakhir saya sedar nama saya agak perlahan jika dibandingkan rakan-rakan lain, ini kerana saya jarang pergi ke majlis-majlis yang mendapat liputan media.

"Tempoh setahun itu saya gunakan sepenuhnya untuk menghabiskan masa pembikinan album ini," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran album pertamanya iaitu Faizul Sany, di Talent Lounge, di sini, Khamis.

Album yang memuatkan sembilan buah lagu itu turut menggabungkan beberapa komposer seperti Audi Mok, Faizal Tahir, Amir Jahari, dan Omar K. Album tersebut menampilkan lagu ciptaannya sendiri iaitu berjudul Perempuan dan dua buah lagu iaituSurat Untuk Sahabat dan Lullaby yang lirik ditulis sendiri.

Tambahnya, biarpun tidak dikenali namun dia mengakui berbangga apabila muncul dengan menghasilkan sebuah album penuh.

"Orang kata saya sepi dan kurang muncul di media cetak dan elektronik selepas AF 2013, oleh itu saya buktikan hari ini saya menyepi kerana sibuk menghasilkan album ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Faizul berkata, lagu paling memberi kesan dalam hibupnya adalah laguLullaby yang berkisar tentang luahan perasaanya selepas putus dalam hubungan percintaan yang dibina hampir tujuh tahun.

"Lagu itu sangat menyentuh perasaan saya kerana saya menulisnya mengikut pengalaman dan luahan hati saya ketika putus cinta.

"Hubungan tersebut berakhir disebabkan dia kurang yakin dengan pilihan saya untuk menjadikan muzik sebagai kerjaya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupannya selepas bergelar artis, Faizul berkata, kemenanganya dalam AF 2013 lalu banyak membantu keluarganya yang kini berada di Sabah.

Katanya, wang kemenangan sedikit sebanyak dapat memperbaiki kehidupan dan kos rawatan ibu bapanya.

"Alhamdulillah wang kemenangan itu saya ambil RM6,000 sahaja, baki RM94,000 saya beri kepada keluarga. Mereka buat baiki rumah kami di Sabah dan selebihnya simpan untuk kos rawatan ibu dan ayah.

"Ibu dan ayah saya sudah tua dan sering sakit-sakit, jadi dengan ada sedikit duit dapat membantu sedikit sebanyak," ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: