MANILA - Seorang bilionair dari Amerika Syarikat (AS) menyewa sebuah pulau di utara Filipina selama 25 tahun dengan bayaran berjumlah £1.2 bilion (RM6.38 bilion), lapor MailOnline semalam.
Billionair tersebut yang tidak didedahkan identiti itu menyewa Pulau Fuga yang mempunyai keluasan 9,712 hektar. Ia terkenal dengan pantai yang putih serta air laut yang berwarna biru.
Tujuan billionair itu menyewa pulau berkenaan masih belum diketahui tetapi dia berkemungkinan mahu membina sebuah resort pelancongan mewah.
Sebahagian pulau tersebut didiami kira-kira 2,000 penduduk yang menetap di sebuah perkampungan tradisional yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan air bersih.
Pulau itu dimiliki oleh syarikat Fuga Island Holdings dan hartanah itu diiklankan untuk disewa baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: