UNITED Kingdom atau Great Britain terbahagi kepada tiga buah negara iaitu England, Wales dan Scotland.
Ibu negeri Scotland ialah Edinburgh dan bandar terbesarnya ialah Glasgow. Baru-baru ini, Glasgow menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel.
Negara sebesar 78,772 kilometer persegi ini mempunyai populasi penduduk sekitar 5.2 juta orang.
Oleh kerana Scotland masih di bawah naungan yang sama, negara itu masih diperintah oleh Ratu Elizabeth II dan berkongsi mata wang yang sama iaitu pound sterling walaupun negara itu telah mengeluarkan mata wangnya sendiri.
Pada awal bulan April setiap tahun, penduduk di Scotland akan menyambut hari kemerdekaan yang dikenali sebagai Hari Tartan juga dikenali sebagai Pengisytiharan Arbroath.
Perayaan tersebut diraikan secara besar-besaran dengan berpakaian tradisional malah negara-negara luar seperti Amerika Syarikat juga turut menyambut perayaan itu.
Scotland sangat terkenal di kaca televisyen dengan legenda Lochness Monster, seekor makhluk ular air yang dikatakan wujud di dasar laut Loch dan sebilangan penduduk mendakwa pernah melihat kewujudan makhluk tersebut.
Selain legenda mistik itu, Scotland juga terkenal dengan persembahan muzik bagpipe yang hanya dimainkan oleh sekumpulan lelaki berpakaian kilt serta muzik rakyat berjudul Auld Lang Syne.
Dari segi penulisan pula, Scotland melahirkan tokoh-tokoh sasterawan yang hebat seperti Robert Louis Stevenson dan JK Rowling.
Stevenson terkenal dengan penulisan kesusasteraannya iaitu Strange Case of Dr. Jekyll and Mr. Hyde, manakala Rowling pula terkenal dengan buku bersiri Harry Potter yang menjadi kegilaan golongan muda kini.
Pemandangan yang penuh dengan kehijauan dan seni bina bangunan berkonsep gotik di Scotland menjadi tarikan utama para pelancong, justeru tidak hairan landskap di negara itu mendapat perhatian pengarah filem-filem terkenal.
Sukan golf yang sinonim untuk golongan orang berada, amat berbeza di negara ini kerana penduduk tempatan berpeluang menikmatinya tanpa perbezaan darjat.
Tambahan pula, Scotland adalah tempat lahirnya sukan golf dan telah dimainkan sejak berzaman lamanya.
Sandy Lyle dan Colin Montgomerie adalah pemain golf yang terkemuka dan dikagumi oleh kebanyakan pemain golf di dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: