Azwan, 29, akhirnya mendedahkan, dia mula mengesyaki sesuatu yang tak kena selepas Nad menunjukkan mesej-mesej mesra yang dihantar oleh pengacara lelaki itu kepadanya sebelum wanita itu mula berubah sikap.
"Sebelum krisis hubungan kami berlaku, Nad ada beritahu saya tentang Hefny ada hantar mesej-mesej seolah-olah nak 'try' (mengurat) dia ketika mereka sama-sama terbabit dalam telefilem Mengintai Syurga Mama, terbitan Zeel Productions.
"Saya sudah nasihatkan Nad supaya jangan layan (Hefny) jika dia tidak suka. Tak sangka pula akhirnya Nad berubah hati dan perkara tersebut menjadi punca hubungan kami berkecai. Pada mulanya saya malas nak kaitkan Hefny sebab tidak mahu dia meraih publisiti kerana kontroversi seperti ini," ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Rabu.
Azwan berkata demikian ketika diminta mengulas pengakuan Hefny Sahad terhadap hubungan istimewanya bersama pelakon Nad Zainal dalam rancangan hiburan h live!pada Selasa.
Dalam temuramah tersebut, Hefny menjelaskan bahawa dia dan Nad adalah pasangan kekasih dan dia mula mendekati wanita itu selepas pasangan tersebut putus.
Dalam pada itu, jelas Azwan, dia pernah menghubungi Hefny bagi mendapatkan penjelasannya berhubung hal itu namun dia menafikan mempunyai hubungan dengan Nad.
"Saya pernah tanya kepada Nad dan Hefny tentang sejauh manakah hubungan mereka namun kedua-duanya menafikan mempunyai perasaan antara satu sama lain.
"Tetapi bila mereka sudah mengesahkannya, maka tepatlah ramalan dan tekaan saya selama ini iaitu putusnya hubungan saya dengan Nad disebabkan kehadiran orang ketiga," ujarnya.
Sementara itu, Azwan berkata, biarpun masih mempunyai perasaan rindu dan sayang kepada wanita itu, dia terpaksa akur dengan ketentuan dan takdir yang telah ditetapkan kepadanya.
Malah dia mengakui kontroversi putus cinta ini memberi lebih banyak kesan positif apabila dia menerima banyak tawaran berlakon.
"Saya tidak ada apa-apa ingin ucapkan kepada Nad, sebaliknya saya hanya harap dia dapat menjalani hidup baru yang lebih baik selepas ini," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: