Menceritakan kejadian itu Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 30, berkata, dia mengambil pendekatan untuk tidak beramah mesra dengan tuan rumah yang dimaksudkan kerana enggan menganggu mereka semasa dia dan kru produksi tiba di lokasi berkenaan awal pagi.
"Saya bukan sombong seperti yang mereka katakan. Perkara itu terjadi ketika penggambaran drama bermula pada pukul 8 pagi dan ketika itu ahli keluarga yang ada dalam rumah berkenaan muncul dengan berpakaian tidur menyebabkan saya tidak bercakap banyak sebaliknya sekadar menyapa sahaja.
"Disebabkan tidak mahu menganggu privasi mereka, saya terus ke bilik persalinan bagi memulakan penggambaran," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Julia berkata demikian ketika diminta mengulas luahan hati seorang individu yang mendakwa sebagai anak kepada ahli keluarga tuan rumah berkenaan telah menulis status tidak berpuas hati terhadap pelakon wanita itu.
Dalam status tersebut individu terbabit menyelar sikap Julia yang kononnya berlagak diva kerana tidak menegur keluarga tuan tumah berkenaan ketika hadir bagi menjalani penggambaran sebuah drama untuk siaran TV3.
Penggambaran selama sehari itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Tun Dr Ismail dekat sini arahan Heykal Hanafiah pada pertengahan Mei lalu.
Dalam pada itu Julia menjelaskan, tuan rumah tersebut juga tidak memahami suasana sesebuah penggambaran drama apabila menganggap kehadiran kru produksi sengaja membuat bising.
"Ada adegan yang memerlukan saya bercakap terjerit-jerit, kemudian tuan rumah memberitahu kepada pengarah bahawa saya biadab kerana menjerit di rumahnya. Padahal saya sedang berlakon. Mungkin dia tidak tahu situasi penggambaran drama," katanya.
Bagaimanapun, Julia berkata, selepas selesai penggambaran tersebut dia ada bersalaman dan meminta diri daripada ahli keluarga berkenaan.
Malah mereka turut mempelawanya hidangan pulut kuning untuk dibawa pulang.
"Saya tidak sangka perkara tersebut menjadi isu kerana ketika selesai penggambaran saya ada bersalaman dan mereka semua saya lihat baik sahaja.
"Malah mereka mempelawa saya bungkusan pulut kuning untuk dibawa balik. Tetapi saya tak sangka timbul cerita lain pula selepas itu," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: