KUALA LUMPUR: Astro akan menyediakan beberapa kemudahan termasuk pasukan perubatan beserta Ambulans pada siaran akhir Mega Final Kilauan Emas 4 pada 11 Jun depan kerana bimbang berlakunya kekecohan.
Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, tindakan itu adalah sebagai langkah berjaga-jaga kerana tempat menyaksikan persembahan berkenaan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini agak terhad.
"Kami sedia maklum tempat menyaksikan acara ini terhad kepada 700 orang sahaja dan segala persiapan perlu dilakukan pada minggu hadapan untuk mengelak kekecohan berulang.
"Kami akan sediakan layar lebar di luar dewan dan air minuman untuk mereka yang tidak dapat masuk menyaksikan persembahan akhir itu serta pasukan perubatan dan ambulans," katanya pada sidang media selepas konsert Kilauan Emas 4 Akhir yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini, malam Rabu.
Namanzee berkata demikian ketika diminta mengulas tentang langkah persedian pihak Astro bagi menghadapi kejadian tidak diingini berlaku pada malam Mega Final minggu depan.
Konsert akhir yang berlangsung pada pukul 9.30 malam Rabu telah dicemari dengan beberapa insiden kekecohan dan pergaduhan kecil di luar pintu utama apabila segelintir penonton yang hadir tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
Ia disebabkan stesen televisyen berkenaan memperkenalkan jemputan terbuka kepada orang awam yang terhad kepada 700 penonton sahaja sebaliknya kedatangan mereka lebih daripada jumlah berkenaan.
Dalam pertandingan final itu tiga peserta iaitu Zain, Arip dan Ben layak ke peringkat seterusnya untuk melayakkan mereka merebut hadiah utama berupa wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry.
Sementara itu, Namanzee menasihatkan agar penonton yang ingin menyaksikan program tersebut boleh menonton melalui Astro Prima (132) dan Mustika HD (134).
"Tempat duduk sangat terhad dan kita akan beri keutamaan kepada penaja, penyokong setia peserta dan jemputan dari luar Kuala Lumpur seperti dari Kelantan atau Johor.
"Bagaimanapun, saya galakkan peminat menonton siaran ini di televisyen masing-masing," katanya.
Sementara itu, ditanya tentang kejutan yang dilakukan pada program akhir tersebut Namanzee berkata ia sudah dirancang awal.
Katanya, sebelum program tersebut bermula lagi, format ini sudah dirancang sebagai kejutan untuk peserta dan penonton.
"Kejutan ini memang kami sudah rancang sejak mula lagi, sebab itulah kami mengambil peserta keseluruhan seramai 13 orang berbanding sebelum ini hanya 10 peserta sahaja. Ia adalah keunikan program Kilauan Emas musim ini," ujarnya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: