PELAKON: Remy Ishak, Beto Kusyairy, Cristina Suzanne, Anas Ridzuan, Deanna Yusof, Datuk Jalaluddin Hassan, Mustaqim Mohamed Zaki, Naque Ariffin, Kirin Muhammad & Aloy.
PENGARAH: Razaisyam Rashid
GENRE: Komedi
DURASI: 1 jam 48 minit
TARIKH TAYANGAN: 12 Jun 2014
FILEM berjudul CEO merupakan karya komedi ringan dan bersahaja sentuhan pengarah baharu, Razaisyam Rashid mempunyai keistimewaan tersendiri.
Filem ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Remy Ishak, Beto Khusyairi, Cristina Suzanne dan Deana Yusof pastinya sesuai untuk tontonan seisi keluarga terutamanya pada musim cuti sekolah ini.
Penulis memuji keseluruhan jalan ceritanya kerana ia berjaya digarap dengan baik oleh pengarah, malah komedi yang dilakonlan oleh pelakon-pelakon berjaya disampaikan secara semula jadi.
Tajuk CEO yang digunakan ini menjadi risiko kepada penerbit apabila ia seperti mengambarkan keseluruhan cerita sebagai sebuah naskhah yang sarat dengan elemen perniagaan dan korporat.
Walhal ia hanya komedi ringan tanpa perlu penonton berfikir untuk menjangkakan jalan cerita keseluruhannya.
CEO yang merupakan filem pertama terbitan Arafilm ini mengisahkan kehidupan dua lelaki iaitu Adam (Remy Ishak) dan Sufian (Beto Kusyairi) yang berlainan latar belakang pekerjaan dan status hidup.
Status kehidupan berjawatan tinggi dan kaya-raya yang dimiliki Adam membuatkannya sentiasa yakin bahawa tiada siapa mampu menandinginya.
Manakala Sufian hanya budak penghantar piza yang bersikap ambil mudah dan tidak memikirkan tentang hidup kerana aturan hidupnya.
Suatu kejadian berlaku yang merubah nasib kedua-dua jejaka ini. Adam dan Sufian secara tiba-tiba terperangkap dalam dua dunia berbeza tanpa diketahui puncanya.
Adam terkait dalam kes pecah amanah menyebabkan dia dipecat serta kemewahannya ditarik secara mendadak termasuk karier, status dan tunangannya.
Sementara Sufian diberikan jawatan tertinggi di syarikat serta kemewahan yang tidak pernah diimpikannya dari segi rumah, pakaian dan kedudukan.
Plot cerita yang dipaparkan mudah dan tidak memaksa penonton terlalu banyak berteka-teki kerana pengakhiran cerita ini sudah boleh dijangka pada setengah jam bermulanya cerita.
Daripada segi perkembangan watak, dapat dilihat perubahan watak utama seperti Remy Ishak dan Beto Khusyairi apabila mereka bertukar tempat daripada seorang yang kaya kepada miskin, begitu juga sebaliknya.
Lakonan Remy Ishak tidak perlu dipertikaikan lagi kerana sememangnya dia akan menjadi punca pertama orang ramai ke panggung.
Biarpun bukan seorang pelawak, namun Remy membuktikan watak serius yang dilakonkannya mampu menggegarkan panggung dengan dialog yang kelakar.
Dia berjaya memainkan emosi marah, sedih, geram dan gembira sehingga dapat dirasai sendiri oleh penonton.
Sementara Beto Khusyairi tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat.
Sementara Beto Khusyairi tidak mahu kalah dengan watak bersahajanya juga mampu membuatkan penonton tergelak dan menanti kemunculannya sehingga tamat.
Bagi penonton yang rindukan cerita Melayu genre komedi dan santai, CEO pastinya memberi kepuasan kepada anda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: