Sunday, October 7, 2012
Rayu susu formula bayi jadi barangan kawalan
KUALA LUMPUR - Orang ramai terutama golongan ibu bapa meminta kerajaan menjadikan susu formula bayi sebagai barangan kawalan bagi mengawal harga susu itu yang semakin meningkat akhir-akhir ini.
Pegawai sebuah syarikat swasta, Wanda Mohd. Rashid, 38, berkata, langkah menjadikan susu formula bayi sebagai barangan kawalan juga membolehkan golongan ibu bapa membeli susu yang lebih berkualiti untuk bayi mereka.
"Saya harap harga susu bayi jadi barangan kawalan supaya harganya dapat direndahkan. Jika harga susu murah, saya boleh beli susu yang lebih berkualiti untuk anak saya," katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad di sini semalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
susu betul kualiti susu ibu... ibu yang mengandung anak sendiri... bukan susu formula...
ReplyDelete