|
|
LOS ANGELES - Pelakon Hollywood, Alec Baldwin pada Khamis lalu menyatakan dia sanggup gajinya dipotong sebanyak 20 peratus demi memastikan sitkom komedi 30 Rock terus dapat disiarkan.
Sitkom yang pernah memenangi anugerah Emmy itu kini sedang dalam musim ketujuh dan terakhirnya.
Dalam laman Twitter miliknya, Baldwin menulis: "Saya menawarkan NBC supaya memotong gaji sebanyak 20 peratus bagi membolehkan musim ketujuh dan kelapan 30 Rock disiarkan.
"Saya sedar masa sudah berubah. Saya pun sudah memikirkan untuk berehat buat sementara waktu."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: