Clinique mengeluarkan dua produk yang membantu mengatasi masalah kulit wajah.
Selain itu, satu lagi masalah kulit yang sering menghantui wanita ialah muka berminyak yang menyebabkan liang roma terbuka atau pori.
Menurut kajian, lebih daripada 300,000 pori-pori berada pada wajah manusia. Saiznya adalah dua kali ganda bagi mereka yang berusia 25 hingga 50 tahun.
Bagi menyelesaikan masalah pori, Clinique memperkenalkan produk terbarunya yang kini berada di pasaran, Pore Refining Solutions Correcting Serum.
Penggunaan formula baharu dalam produk tersebut dapat membantu menghapuskan pori-pori yang jelas kelihatan sekali gus menguatkan permukaan kulit wajah dari semasa ke semasa.
Dalam tempoh dua minggu penggunaannya, anda mampu menurunkan pori-pori sebanyak 58 peratus selain kulit muka anda kelihatan lebih anjal.
Selain Pore Refining Solutions Correcting Serum, Clinique turut mengeluarkan rangkaian produk yang berkaitan masalah tersebut seperti Pore Refining Solutions Stay-Matte Hydrator dan Pore Refining Solutions Instant Perfector.
Menurut Pengurus Kanan Pendidikan Clinique, Christine Leong, liang roma terbuka boleh dilihat dengan jelas berdasarkan beberapa faktor termasuk warna kulit seseorang.
"Jika memiliki ton kulit putih, kebiasaannya kita susah hendak nampak kehadiran pori terbuka berbanding mereka yang berkulit gelap.
"Terdapat beberapa sebab mengapa ramai wanita mengalami masalah pori terbuka, antaranya faktor usia, putaran pembaharuan sel kulit dan penyahhidratan," katanya.
Tambahnya, ramai yang salah anggap kulit berminyak disebabkan pori terbuka tidak memerlukan lembapan.
Sebaiknya, mereka yang memiliki kulit berminyak memerlukan lembapan sesuai agar masalah lain tidak muncul dan untuk itu Pore Refining Solutions Stay-Matte Hydrator berperanan untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
Pore Refining Solutions Stay-Matte Hydrator dipercayai dapat membantu memberi lembapan yang diperlukan oleh kulit berminyak, mengawal lebihan sebum dan menggalakkan penghidratan bebas minyak sepanjang hari.
Sementara itu, Pore Refining Solutions Instant Perfector pula mampu mengurangkan pori-pori sehingga 50 peratus. Kebolehannya mengimbangi tekstur kulit menjadi kunci kepada keberkesanan produk itu.
Kulit memerlukan keseimbangan sempurna, penghasilan sebum berlebihan boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat manakala kekurangan sebum menyebabkan kulit kering dan tidak bermaya.
Kesemua produk terkini Clinique boleh didapati di kaunter-kaunter Clinique seluruh negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: