|
|
LELAKI ini merupakan penyanyi India paling dikenali sebagai penyanyi playback Bollywood. Vokalnya juga menjadi pengganti suara Shah Rukh Khan dalam beberapa buah filem. Namanya, Sukhwinder Singh dan dia bakal melagukan suaranya di Kuala Lumpur pada 21 Oktober ini di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.
Sukhwinder terkenal dengan nyanyian lagu Chaiyya Chaiyya di mana beliau memenangi anugerah Best Male Playback di Anugerah Filmfare (1999). Lagu yang dimasukkan dalam filem arahan Mani Ratnam yang bertajuk Dil Se itu digubah oleh AR Rahman, ditulis oleh Gulzar dan dinyanyikan secara duet bersama Sapna Awasthi. Ia juga dipaparkan dalam muzikal Bombay Dreams dan dalam susunan remixed dimasukkan ke dalam segmen kredit filem Spike Lee, Inside Man.
Penyanyi tersebut kemudian menempa kemasyhuran antarabangsa dengan menyanyikan lagu Jai Ho daripada filem Slumdog Millionaire yang memenangi Anugerah Akademi untuk kategori Lagu Asal Terbaik serta Anugerah Grammy untuk kategori Lagu Terbaik.
Penyanyi ini berasal daripada Amritsar, Punjab. Persembahan pentas perdananya ialah pada umur 8 tahun dengan menyanyikan lagu Lata iaitu 'Sa re ma pa, pa, pa, ga ma re, ga re mere sang mere saajna' daripada filem Abhinetri (1970). Sukhwinder juga pernah melancarkan album Punjabi berjudul Munda Southhall Da with T.
Demi menempa pengalaman dan pembelajaran, Sukhwinder menyertai rombongan komposer terkenal Bollywood, Laxmikant-Pyarelal dan menjadi penyusun muzik, sebelum menuju ke selatan India untuk mencari kerja.
Sukhwinder kemudian mendapat perhatian ketika terlibat dengan filem Karma di mana dia menyanyikan beberapa baris bait dalam lagu. Dia kemudian terlibat dengan filem aktres, Madhuri Dixit berjudul Khilaaf dengan menyanyikan lagu hits berjudul Aa ja Sanam.
Namun penyanyi ini menyedari sesuatu yang 'kosong' dalam vokalnya, dia kemudian meninggalkan Mumbai untuk menuju England dan Amerika Syarikat bagi tujuan melihat, mendengar dan memahami variasi muzik. Selesai memperluaskan horizon muziknya, penyanyi ini kembali ke Mumbai untuk memulakan kerjaya muziknya.
Usaha pertama Sukhwinder dalam filem Hindi, Aa Ja Sanam merupakan sebahagian besar daripada kejayaannya yang berlaku tanpa disedari.
Kemudian muncul pula lagu Dil Se, di mana AR Rahman menggunakan vokal dan khidmat Sukhwinder untuk lagu Chaiyya Chaiyya.
Filem-filem lain yang kemudian mengisi portfolio Sukhwinder adalah termasuk Taal, Om Shanti Om dan Black and White .
Menambah portfolio hebatnya, Sukhwinder telah menjadi sebagai penyanyi playback untuk aktor Bollywwod, Shah Rukh Khan untuk enam buah lagu. Chaiya Chaiya daripada filem Dil Se, Dard-e-Disco(Om Shanti Om), Chak De India (Chak De), Haule Haule (Rab Ne Bana Di Jodi) dan Marjaani daripada filem Billu .
Sebagai halwa telinga untuk para peminat Malaysia, lelaki yang digelar penyanyi dengan 1000 Watt Voice ini bakal menjejakkan kaki di Kuala Lumpur dan Singapura yang menjadi pilihan tempat Sukwinder berkonsert.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: