Tuesday, September 4, 2012

BMX antara skill dan keberanian

kemudahan sukan ekstrem yang disediakan kerajaan membantu membangunkan sukan tersebut.

UKAN ekstrem kian menjadi wadah bagi remaja yang giankan cabaran dalam meletakkan diri ditahap maksimum meskipun ia berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan.

Tetapi apabila dilakukan dengan teknik dan cara yang betul sesuatu sukan ekstrem itu sebenarnya selamat dan memberi kepuasan kepada sesiapa yang melakukannya.

Begitulah yang diterapkan dalam sukan ekstrem BMX, cabaran bukan sahaja dalam mengendalikan basikal tersebut bahkan juga dalam menggayakan pelbagai aksi mencabar.

BMX bukanlah sesuatu yang baru di negara ini, kerana ia telah lama dimainkan sejak 80-an namun 10 tahun kebelakangan ini ia semakin popular di kalangan anak-anak muda.

Keberanian, keyakinan dan juga skill yang tinggi mampu menjadikan seseorang itu penunggang BMX yang berjaya bukan sahaja di dalam negara bahkan juga pentas antarabangsa.

Namun faktor-faktor keselamatan juga perlulah dititikberatkan, yang mana penunggang akan menggunakan penghadang lutut, siku, sarung tangan dan topi menunggang.

Ia amat penting bagi memastikan penunggang tidak menerima kecederaan parah apabila aksi yang dilakukan tidak sempurna.

Jatuh, tertonggeng mahupun terseret adalah asam garam dalam permainan BMX, tetapi disebabkan kepuasan dapat 'landing' dengan sempurna ia ternyata berbaloi.- AMIRUL/IRWAN MAJID

PEMUDA yang berasal dari Batu Pahat, Johor ini bukan calang-calang orangnya, walaupun berbadan kecil namun keberanian dalam melakukan aksi BMX sangat mengejutkan.

Dia juga dapat melakukan aksi di atas ramp mahupun memusingkan basikal di udara namun dia mampu untuk melakukan pusingan 360 darjah dengan mudah.

Tidak hairanlah jika dia mampu menarik beberapa syarikat untuk menaja kelengkapan dalam beraksi dalam sukan BMX ini.

Lebih dikenali dengan panggilan Botax, sudah mula menceburi sukan ini sejak 11 tahun lalu dengan menjalani latihan secara sendirian kerana tidak ada pakar yang boleh mengajar dalam sukan ini di Malaysia.

Bagi menimba ilmu dan belajar skill yang lebih baik dia turut terbang ke Australia selama tiga bulan untuk mempelajari teknik-teknik baru serta memperbaiki skill yang ada.

"SAYA bermula bermain basikal BMX pada tahun 2010 ketika berumur 16 tahun disebabkan oleh minat.

Antara sebab kenapa saya minat adalah setelah menonton video di Youtube bagaimana penunggang BMX luar negara mempamerkan aksi-aksi yang mencabar.

Paling penting jangan jadi poozer, kalau nak main kena betul-betul, mula dari bawah, asah skill dan teruskan.

Selalunya ramai main BMX cuma nak kejar populariti, ramai awek ataupun menunjuk-nunjuk, jika itu lebih baik berhenti."

MOHD. FAKHRUL ROZI MOHD. ROZIAN, 18

"MINAT dalam sukan ini bermula sejak saya dibelikan sebuah basikal gunung oleh ibu bapa saya ketika darjah tiga.

Secara perlahan minat untuk mengayuh membuatkan saya mencuba pelbagai jenis basikal dan akhirnya BMX menjadi pilihan utama.

Walaupun begitu, basikal gunung juga menjadi aktiviti saya jika tidak bermain dengan BMX.

Cara penunggangan adalah sama, basikal tetap perlu dikayuh namun bagi aksi BMX perlulah mempelajari teknik yang betul dalam mempamerkan skill yang menarik."

MUHAMMAD SYAMIM SHAHRUL ZAMAN, 18

"PERMAINAN sukan BMX mencorak peribadi saya agar lebih yakin dalam membuat sesuatu keputusan dan berani mengambil risiko.

Ia bukan sahaja mempamerkan skill bahkan juga semangat seseorang dalam melaksanakan trick yang sukar dan menyempurnakannya.

Jadi bagi mereka yang meminati sukan ini, ia tidak hanya mencabar fizikal bahkan juga ia turut mengerah mental untuk lebih berfikir.

Bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini perlulah bersungguh-sungguh dan tidak hanya melakukannya separuh jalan kerana negara masih kurang bakar dalam sukan ini."

MUHAMAD ADZLI MOHD. AZMAN, 18

"BASIKAL banyak memberi kenangan kepada saya. Sejak kecil saya memang didedahkan dengan permainan ini apabila ibu bapa membelikan basikal pada saya.

Pada usia enam tahun, tangan saya retak akibat daripada jatuh basikal, namun itu tidak sedikit pun melunturkan semangat saya bermain basikal sehingga kini.

Kemudahan sukan ekstrem sebenarnya masih belum cukup jika kerajaan ingin melahirkan jaguh dalam sukan ini tidak kira basikal, papan selaju, kasut roda dan sebagainya.

Diluar negara, taman sukan ekstrem mereka mempunyai tilam yang khas untuk sukan ini yang membolehkan bakat baru mencuba skill yang lebih hebat berbanding di negara ini yang banyak mengundang kecederaan."

MUHAMMAD SHAZWAN RASHIDI, 18

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: