
Naib Presiden Eksekutif PKS TM, Azizi A Hadi berkata, program 12 bulan itu bertujuan mendidik dan memberi pendedahan kepada pelanggan PKS TM untuk menggunakan medium pemasaran online bagi memasarkan perniagaan mereka kepada umum.
“TM komited dalam menawarkan medium dan penyelesaian komunikasi yang khusus dan kos efektif untuk golongan PKS di negara ini dengan mengetengahkan inisiatif yang akan meningkatkan perniagaan dan kedudukan mereka dalam rantaian nilai.
“Usaha sama ini juga dapat memberi ruang kepada PKS untuk menembusi pasaran global tanpa sempadan dengan menggunakan ICT sebagai medium pemasaran yang mantap,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara dua pihak itu di Kuala Lumpur, semalam.
Azizi berkata, TM juga menawarkan kupon pemasaran Google AdWords kepada pelanggannya di Malaysia yang boleh digunakan untuk memulakan kempen pemasaran online bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
“Bagi peringkat awal , kupon pemasaran Google AdWords bernilai antara RM150 hingga RM500 akan diberikan percuma kepada pelanggan PKS TM yang terpilih," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: