Puasa merehatkan sistem penghadaman
PUASA sebenarnya memberi banyak manfaat kepada kesihatan, jika dilakukan dengan betul.
Apabila badan tidak mendapat makanan yang mencukupi, karbohidrat dan lemak yang tersimpan dalam badan dipecahkan secara perlahan-lahan untuk menghasilkan tenaga. Ramai orang mendapati tahap tenaga dan kecergasan mereka meningkat semasa berpuasa. Besar kemungkinan ini adalah disebabkan hakikatnya,apabila kita berpuasa, proses penyahtoksikan berlaku untuk menyingkirkan toksin menerusi kolon, hati, ginjal, paru-paru, kelenjar limfa, dan kulit.
Di samping itu, tenaga yang tidak digunakan untuk sistem penghadaman disalurkan ke sistem metabolisme dan imun yang membantu penyembuhan, dan menyingkirkan bendasing yang boleh menyebabkan penyakit seperti sel lemak, plak kolesterol arteri, mukus dan tumor!
Namun demikian, perubahan drastik dalam diet dan waktu makan boleh menyebabkan gangguan penghadaman; lebih-lebih lagi apabila sejumlah besar makanan diambil dalam tempoh yang singkat, iaitu antara malam dan sebelum subuh. Pelbagai jenis makanan yang boleh didapati untuk berbuka puasa, dan ketidakupayaan kita untuk menahan nafsu makan selepas seharian berpuasa sering menyebabkan kita tidak dapat menahan selera, walaupun kita tahu bahawa ini boleh menimbulkan masalah!
Masalah penghadaman biasa semasa Ramadan
Satu daripada beberapa masalah penghadaman yang dihadapi semasa bulan Ramadan termasuk penyakit refluks gastroesofagus atau GERD. Ini berlaku apabila kandungan dalam perut (makanan/cecair) mengalir secara songsang, dari perut ke dalam esofagus atau kerongkong, menyebabkan kerengsaan, dan juga gejala lain seperti pedih hulu hati. Anda boleh mengelakkan ini daripada berlaku dengan membanyakkan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, ikan dan daging tanpa lemak dalam diet anda. Elakkan makanan tertentu yang boleh memburukkan lagi gejalanya seperti coklat, makanan berempah, makanan berlemak, makanan kaya dengan karbohidrat, susu, alkohol, kopi, dan juga bawang putih atau gula-gula getah.
Sembelit adalah satu lagi masalah penghadaman biasa yang berlaku bukan sahaja pada bulan Ramadan, tetapi juga dalam kehidupan sesetengah orang. Seseorang itu boleh dianggap mengalami sembelit apabila membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu, sukar mengeluarkan najis, dan najisnya pula keras dan kecil. Mereka yang mengalami sembelit selalunya merasa sakit apabila membuang air besar, dan kebanyakannya merasa seperti usus penuh, tegang atau kembong perut.
Anda boleh mengurangkan kejadian sembelit dengan menambah pengambilan karbohidrat kompleks, termasuk nasi, mi dan bijirin, dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu minum banyak air, selain daripada kopi atau kordial.
Ramai orang loya dan muntah semasa bulan puasa. Ini boleh berlaku disebabkan gastritis akut, penyahhidratan, ketidakcernaan (senak) atau sekatan usus. Masalah ini biasanya timbul disebabkan diet dan amalan gaya hidup yang tidak sihat pada bulan Ramadan. Cuba lakukan beberapa perubahan kecil dalam gaya hidup anda jika anda mudah mengalami gangguan penghadaman biasa ini:
Elakkan pengambilan alkohol dan tembakau, sebaik-baiknya berhenti merokok.
Elakkan makanan yang berasid, atau makanan goreng dan berminyak;
Minum banyak air;
Elakkan aktiviti berat selepas makan, termasuk senaman berat, atau pertengkaran yang boleh menimbulkan ketegangan.
Akhir sekali, salah satu daripada masalah penghadaman paling kerap dialami ialah cirit-birit selepas berbuka puasa. Cirit-birit yang perlu diberi perhatian serius ialah cirit-birit akut, yang disebabkan oleh kuman berjangkit seperti virus. virumakanan mentah, terutama sekali daging dan makanan laut mentah. Pastikan makanan dan minuman yang anda ambil adalah bersih dan segar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: