Monday, August 1, 2011

K Club mahu tambah 10,000 ahli


C.K. YANG (empat dari kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Aubrey (tiga dari kanan) sambil disaksikan Raja Ahmad Niza (empat dari kanan) di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – KKlub Bhd. (K Club) menyasarkan untuk menambah bilangan ahli kepada 10,000 orang dalam tempoh tiga bulan akan datang berikutan kerjasama yang dimeterainya dengan KK One Asia Club Sdn. Bhd. (1 Asia Club) dan KK Helicopter System bagi meningkatkan kemudahan yang ditawarkan kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif selaku Presiden K Club, Jimmy C.K. Yang berkata, buat masa ini, kelab rekreasi yang telah beroperasi sejak lebih daripada empat tahun lalu dan terletak di Taman Melawati di sini itu telah memiliki kira-kira 3,000 ahli.

Menurutnya, kelab tersebut sentiasa mengatur strategi untuk menambah ahli sedia adanya kerana ia menawarkan kemudahan rekreasi dan riadah yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur malah standardnya bertaraf antarabangsa.

“Melalui MoU ini, yuran pendaftaran K Club adalah RM1,000 bagi ahli bertaraf emas dan RM3,000 untuk ahli bertaraf platinum untuk tempoh dua tahun dan ia boleh diperbaharui setiap tempoh berkenaan dan mereka boleh menggunakan segala kemudahan yang disediakan di kelab berkenaan.

“Kami juga ada rangkaian dengan kira-kira 200 kelab lain di seluruh rantau Asia dan ini adalah faedah nilai tambah kepada mereka yang melancong ke luar negara untuk menikmati kemudahan yang disediakan di kelab berkenaan dengan potongan harga yang menarik,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: