Thursday, August 4, 2011

Berbuka puasa dengan 250 juadah


Sajian pencuci mulut yang menyelerakan.


Daging masak kawah, keladi asam pedas, rendang daging, puteri mandi dan sup tulang. Itu antara 250 jenis juadah yang boleh dinikmati jika berbuka puasa di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Lebih menarik pengunjung berpeluang menikmati lembu panggang yang dibakar setiap hari.

Bertemakan Indahnya Ramadan di PWTC, ia bermula dari 1 hingga 28 Ogos dengan pelbagai hidangan ala kampung.

Pengurus Komunikasi Pemasaran PWTC, Fadzilah Said menjelaskan, pihaknya menyediakan pelbagai juadah menarik dengan konsep warung menggunakan menu Citarasa 1 Malaysia.

"Bermula dengan kurma Nabi sebagai pembuka selera, kami menyediakan lebih 15 warung yang menghidangkan pelbagai juadah menarik ,'' ujarnya ketika ditemui di majlis prarasa di restoran tersebut baru-baru ini.

Katanya, bagi mengekalkan suasana kampung, beduk tradisional akan dipalu bagi menandakan waktu berbuka puasa kemudian diikuti laungan azan secara langsung.

Selain itu para tetamu akan dihiburkan dengan kumpulan muzik asli Seri Mawar sepanjang waktu berbuka puasa.

Lebih menarik untuk tahun ini, pihaknya turut menjemput beberapa selebriti terkenal seperti Jamal Abdillah, Tomok, Sofaz dan ramai lagi yang akan sama-sama berbuka puasa dan juga akan mengadakan persembahan.

Dengan RM65 untuk dewasa pengunjung boleh menikmati apa sahaja hidangan, manakala bagi kanak-kanak dari umur enam hingga 12 tahun pula dibayar mengikut umur mereka.

Sementara bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas adalah percuma dengan ditemani oleh seorang dewasa yang berbayar.

Lebih menarik tahun ini, pengunjung berpeluang untuk mendapat hadiah menarik iaitu pakej umrah untuk pengunjung yang bertuah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: