Saturday, March 5, 2011

Pia Toscano bakal bintang American Idol


PIA TOSCANO


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Kelunakan suara seorang peserta American Idol, Pia Toscano membuatkan ketiga-tiga juri program realiti popular itu berdiri untuk memberikan tepukan kepadanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Situasi tersebut tidak pernah berlaku sejak program itu mula ditayangkan di televisyen AS pada tahun 2002.

Panel juri American Idol yang terdiri daripada bintang irama Latin, Jennifer Lopez, penyanyi Randy Jackson dan vokalis kumpulan Aerosmith, Steven Tyler kini dalam proses memilih 10 peserta untuk bersaing pada peringkat akhir pertandingan tersebut kelmarin.

"Semua peserta pada peringkat pemilihan ini amat berbakat dan memiliki kecantikan luaran dan dalaman," kata Lopez.

Toscano memukau penonton dan juri pertandingan itu apabila dia me-nyanyikan lagu balada I'll Stand By You.

"Ini adalah peluang terakhir rakyat AS untuk memilih 10 peserta terbaik yang akan bertanding ke peringkat seterusnya," kata Jackson.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: