Saturday, March 19, 2011

MPPP lulus kerja gali jirat Cina untuk bina projek RM300 juta


CHEANG HUAT (dua dari kiri) bersama ahli keluarga waris kubur lama meluahkan rasa tidak puas hati ketika ditemui di Batu Lancang, George Town semalam.


GEORGE TOWN - Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan kerja menggali dan mengalihkan 56 jirat Cina lama berusia 112 tahun di Batu Lancang di sini menimbulkan ke marahan waris-warisnya.

Mereka mendakwa, MPPP telah meluluskan permit menggali semula jirat itu kepada sebuah syarikat pemaju sedangkan pertikaian mengenai perkara itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Seorang waris, Yeoh Cheang Huat, 65, berkata, kelulusan itu sepatutnya ditangguhkan tetapi MPPP membenarkan pemaju melakukannya menerusi peruntukan di bawah Seksyen 97(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Katanya, beberapa rayuan kepada MPPP termasuk untuk bertemu pemimpin kerajaan negeri bagi membincangkan isu itu tidak dilayan.

Katanya, antara tokoh ternama yang disemadikan di tanah perkuburan itu ialah pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tan Hup Chui dan dermawan terkenal, Lim Ko Seng.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: